KASUT BOLA

Alkisah cerita oang putih sejarah kasut bola bermula – bila mana Raja Henry VII memesan sepasang kasut bola dari perbendaharaan (great wardrobe) bersama dengan 44 kasut baldu yang lain pada tahun 1526. Kasut itu harus sesuai untuk menyepak bola dan diperbuat dari kulit. Dia nak main bola ke? tidak pulak dicerita dalam wikpedia yang ku baca tadi. Mengikut tatacara pertandingan bolasepak moden pula iaitu  pada tahun 1891, kasut itu seharusnya lembut diperbuat dari kulit dan studnya harus bulat. Pada awal rekaannya stud terus melekat pada kasut tetapi di pertengahan 1950-an Adidas memperkenalkan kasut dengan skru-di kancing yang di buat menggunakan  getah atau plastic. Jenis stud pula bergantung pada permukaan rumput dan cuaca.

Mengikut turutan tahun pada 1900-1940: Permintaan terhadap kasut bola berkurangan kerana perang dunia namun jenama seperti Gola, Hummel dan Valsport  sangat popular dan diminati ramai. Pada 1940-1960 iaitu selepas Perang Dunia Kedua, rekaan kasut bola berubah secara dramatik dan benar-benar memberi kesan dalam permainan. Ia direka lebih ringan dan lebih fleksibel serta difokuskan pada peningkatan kawalan yang baik.

Tahun 1960: teknologi boot bola sepak benar-benar berkembang, yang melihat banyak kasut bola yang direka dengan potongan yang lebih rendah. Ini membolehkan pemain terbaik seperti di Eropah dan Amerika Selatan dapat bergerak lebih cepat dan mengubah arah. Pada 1970-1980 pula – melihatkan  banyak kemajuan besar dan perubahan dalam desain.

Teknologi  digunakan dalam menghasilkannya dengan tambahan kepelbagaian warna yang kontras dan menarik. Dalam dekad ini juga pemain mula dibayar untuk tujuan promosi kasut jenama tertentu. Akhirnya dalam 1980-an, rekaanyang  paling dominan ialah dari jenama Adidas (Predator). Pada tahun itu sesiapa yang memilikinya dianggap terror kerana harganya yang mahal. Pada tahun 1990-an pula, telah melihat kasut bola memperkenalkan pelbagai jenis stud untuk meningkatkan keseimbangan pemain.

The Predator sekali lagi mendominasi era ini dan satu-satunya yang lebih fleksibel diperkenalkan. Pada tahun 2000 teknologi laser diperkenalkan untuk menghasilkan kasut bola untuk disesuaikan sepenuhnya diantara pemain dan bola sepak. Persatuan pembuat kasut bola dari Amerika Syarikat yang sedia ada hanyalah dalam warna hitam, tetapi dalam tahun-tahun terakhir telah sedia dalam pelbagai warna seperti biru, hijau, merah, putih, kuning , perak, emas dan bahkan pink.

Nama syarikat besar seperti Nike, Adidas, Umbro dan sejenisnya telah memberi impak kepada pasaran dengan catatan jualan yang tinggi. Jenama Nike Mercurial telah dipopularkan oleh Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney. Adidas dari Jerman memberi luang kepada David Beckham untuk mempromosi Predator. Begitu juga kepada Gary Neville dan Steven Gerrard. Seluruh pasukan kebangsaan Jerman memakai kasut bola Adidas pada Piala Dunia FIFA 2006. Umbro dari England dengan X-Boot disokong oleh John Terry dan Michael Owen.

Nike adalah produk paling berjaya dengan membiayai populariti besar di antara pemain profesional, antaranya ialah Ronaldinho (Pemain terbaik FIFA). Pada tahun ini bila “sepak mula” bermula di Afrika Selatan ku lihat Nike CTR360 elite series amat banyak dipakai oleh pemain2 ternama. Hargapun cantik 250 pound. x 6 = rm1500.00

About these ads

2 Responses to “KASUT BOLA”

  1. arthur junior richard Says:

    saya mahu kasut bola nike

  2. Promosi Zalora Says:

    Saya amat berharap awak teruskan menulis … idea awak memang best…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: