Tamat sudah episod Swimathon Kapas ke Marang. Gabra hati untuk meredah selat Kapas sudah tiada lagi. Kuakan semalam aku buat dengan masa 3:10.03 s dengan jarak 6.5km. Syukur pada Allah kerana mengizinkannya aku sampai ke seberang. Setelah hampir 46 tahun baru aku dapat merasa berenang sejauh itu di lautan luas. Dulu masa kecik2 atau muda belia langsung tak terlintas dihati untuk berenang sejauh itu. Kini tanpa direncana aku terberani pula untuk mencuba dan berjaya pula merealisasikannya…Alhamdulillah. Semoga dengan terberaninya aku ini, dapatlah kiranya mendorong anak2 muda memberanikan diri macam aku ini…harap2 gitulah.
Tak try tak tahu, tak kenal maka tak cinta. Suka aku bagitahu kepada kengakawan lain yang ingin try event ni, jangan pula terjun membabi buta kerana ini lautan luas lagipun jauh beb 6.5 km, berlari ats jalan pun penat ini kan dalam laut. Tolak (-) campur (+) kali (x) – kalau bering laluan meter kompas rosak – mugkin jarak ini tersasar jauh lagi sampai 7/8km. Kepada sesiapa ingin mencuba aku fikir korang mestilah wajib boleh berenang sejauh 30 laps x 50m non stop dalam pool terlebih dahulu. Bab yang lain2 tu korang belasah saje lah.
Kalau aku pakai garmin atau polar, sedah tentu laluan
aku semasa berenang diimbas macam ular ke palu berbengkang bengkuk kerana wa tatak pengalaman nak mengemudi diri macam kipas motobot. Sepanjang renangan aku hanya memikir untuk selamat sampai dan dapat berjumpa kengkawan lain di Pantai Kelulut. Itu sudah memadai.
Sepanjang renangan aku semalam, ada kalanya aku relax2 mengapung2kan badan dalam lautan luas (sebenarnya penat giler). Sungguh indah samudera ini bila kekadang melihat pula ikan2 di dalam laut. Juga dalam lautan itu aku telah dipatuk oleh beribu2 kutu laut disepanjang laluan. Bisa juga macam kena inject geli2, di merata badan. Sekejab dibibir, sekejab dihidung, tinga, leher dan lengan walaupun aku dah sapu vaselin. Nasib baik spentot aku ni hamper sampai ke paras lutut dan agak tebal, kalau tidak nyanya jugak.
Tanda boya/belon besar di setiap 1.5km. 3.5km dan 5.5km seperti yang dijanjikan oleh Mr. Chan gagal ditunaikan. Mereka hanya meletakan bot untuk 1.5km dan belon2 kecil sahaja. Cakap tak serupa bikin. Perkara ini menyukarkan aku untuk aiming arah laluan terutama orang yang
pertama kali join macam aku ini. Aku hanya memerhati tanda marking arah dengan pandangan sebuah bukit paling tinggi dalam banyak2 buklit di Daerah Marang itu sebagai penanda arah. Kadang2 bukit itu hilang kerana halangan ombak…sekejab ada sekejab tak ada.
Helipkopter berlegar2 di udara memerhati peserta2 memulun untuk sampai ketepian. Ini aku puji kerana angota polis bersiapa sedia jika ada apa2 kecemasan. Kayaker juga seperti membuat lorong laluan sebelah kiri dan kanan tetapi kekadang hilang juga dalam pandangan kerana jumlah kayaker tak banyak.
Disebabkan renangan pada peringkat permulaan aku slow makanya bila sampai kepenghujung (500m terakhir), laut di Pantai marang sudah hampir mahu surut maka ombak menarik aku ketengah semula. Banyak kudrat diguna untuk melawan tarikan ombak tersebut.
Apa2pun bak kata pepatah pengalaman adalah guru segala tok guru. Pembacaan atau dengar cakap kekadang tak berapa tepat kerana mungkin lain oang lain pesepsi. Kapas/Marang memang terbaek untuk para swimmer. Lenkali moh la join. Kalau tak pandai berenang mulalah dari sekarang berlatih, join kelas dan jangan malas. Yelah usahalah sampai berjaya kerana berenang ni susah sikit nak dapat skil yang bagus. Aku pun masih lintang pukang lagi. Kalau terer dah tentu dapat sampai dalam lingkungan sub 2 kemarin. Ibarat melentur buluh membuat kerusi malas, kan susah keras buluh tu. Kalau rebong lembut senang, buat kuah lemak pon sodap….issh kesitu pulak.
April 25, 2011 at 12:51 pm |
Ni ada sambungan lagi tak tok? Macam tak habis lagi je ni citer….
April 25, 2011 at 12:59 pm |
banyak citer, nantilah lenkali coretan 2 pulak
April 25, 2011 at 2:05 pm |
Jelezzzzzzzzzzz…!!!!!!!!congrats Tok…!!!!!!!!!!!
April 25, 2011 at 3:02 pm |
next year ada lagi jgn isau beb
April 25, 2011 at 2:14 pm |
Potong tul baru nak naik kepala baca sambungan pula hahaha…ape ape pun tahniah kerana berjaya juga.
April 25, 2011 at 3:03 pm |
gambo pun bnyk lum download
April 25, 2011 at 3:40 pm |
Tahniah tok ayam, berjaya mengharungi lautan, lepas ni kalau buat FM lepas ni sure celah gigi jer.. he he
April 26, 2011 at 1:25 am |
Tahniah tok! Marathon dalam air bukan sembarang org bole buat…
April 26, 2011 at 3:25 am |
salam ziarah
jom ke blog buaya dan jadi follower sekali k
April 28, 2011 at 2:36 pm |
Tahniah KR! rasa semangat bila baca entry ni… kena sambung kelas renang lagi lah ni…
Tahniah, tahniah!