Aku perlu melakar untuk mengelak tangan menjadi keras petang ini. Sketch ini semasa aku ke Mid Valley tahun lepas semasa giliran sang Arnab. Bila sang Naga mengambil giliran elok rasanya aku abadikan peristiwa lepas dalam subuah lakaran. Pen berdakwat atas kertas.
Jangan mudah lupa. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Selamat tahun baru cina.
January 22, 2012 at 10:36 pm |
Raya kat sini tak meriah cam mesia