Olimpian negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 19 April – Selepas enam tahun menderita sakit paru-paru, bekas Olimpian negara, Kamaruddin Maidin meninggal dunia pada usia 66 tahun, semalam.

Kamaruddin, yang merupakan bekas jaguh lompat jauh dan kijang negara sekitar 1960an, malah pernah mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik Rome 1960 menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

kamarudin-2kamarudin-3kamarudin-maidin2

Ketika zaman kegemilangannya, beliau pernah merangkul lima pingat emas dalam lima Sukan SEA berturut-turut, malah pernah menjadi pengerusi kejurulatihan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Allahyarham meninggalkan isteri, Rajemah Sheikh Ahmad, yang juga bekas atlet kebangsaan dan lima anak lelaki. Kedua-dua pasangan dikurniakan enam anak lelaki tetapi seorang daripadanya sudah meninggal dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: