Mengenali Kecederaan Tumit (Plantar Fasciitis)

Kepada semua rakan-rakan atlet, plantar fasciities adalah sejenis kecederaan bila mana kita terlalu kerap menghenyak tumit semasa berlari (long run), main tenis, kawat matching oleh pasukan tentera polis. Kadar henyakan tumit terlalu lama oleh pelari marathon misalnya telah menjadikan tumit dlm keadaan overuse injury, lihat visual

plantar_fasciitis

http://www.plantar-fasciitis.org/

Pengalaman saya dalam kecederaan ini.

Setelah menamatkan larian dalam acara 1500m  olahraga UM pada 18 April yang lalu,  tumit saya seolah kejang, seperti satu tarikan dan amat menyakitkan dan hendak berjalan pun dah terhencut-hencut bukan terpancut-pancut ya. Selepas itu saya mendapatkan bantuan daripada khemah perubatan drp Dr. Azril dgn memberi semburan counter pain dan balutan ice, setelah 1 – 2 jam tumit sy masih belum pulih seterusnya sampai pulang kerumah sehingga pagi esoknya juga masih belum kebah lantas membuatkan saya membuat temu janji dgn Dr. Azril di PPUM untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Rawatan susulan hanya sekadar menyerapkan ais ditempat tumit yang sakit dan perlu memakai insole atau pelapik kaki yang acuan adalah mengikut struktur kaki kita. Ingat – jangan sekali-kali memakai spike apabila sudah merasa akan cedera ini, kerana pemakaian spike menggunakan lari seperti mencakar diatas track sentetik akan memberi impak kepada layer dibhg bawah tumit yang sedia haus. Kecederaan ini memerlukan rehat yang berpanjangan utk sembuh iaitu lebih dari 3 bulan, selalunya pula kecederaan ini menjadi kekal dan itu terpulang kpd individu. Sesiapa yang memerlukan suntikan streoid iaitu sejenis cecair yang akan disuntik dibawah tapak kaki akan memberi respon kpd tisu atau layer yang haus itu dan ini boleh mengurangkan kadar kesakitan. Selalunya suntikan ini kpd  atlet supaya boleh menyambung latihan atau masuk competition. Suntikan ini tidak pula menyembuhkan tetapi hanya coverup sementara.

One Response to “Mengenali Kecederaan Tumit (Plantar Fasciitis)”

  1. TUMIT « Ramlan Sulaiman Says:

    […] yang dinamakan Plantar Fasciitis iaitu sejenis injury di bawah tapak kaki bahagian tumit. Sila klik untuk tulisan aku dulu. Simpton ni membuat kan aku bertapa selama 6 bulan dari join run. Semalam […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: