KAWAN SAYA SDR. ZALIMI MD. SOM MENINGGAL DUNIA

Pada hari Isnin (11 Mei 2009) lebih kurang jam 8.00 pagi tempat parking komplek squash UM, aruah telah rebah semasa bersedia untuk menjalankan tugas sebagai jurulatih posisi penjaga gol pasukan bolasepak MASUM. Selepas itu beliau terus tidak sedarkan diri lalu kejadian ini telah dilihat oleh sekumpulan pasukan Tae Kwan Do UM dan mereka terus memberikan bantuan dan membawanya ke PPUM untuk mendapatkan rawatan. Sesampainya di PPUM aruah terus dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Semasa bertemu dgn Din Kolam pada pukul 1.00 ptg di Pusat Sukan, Din mengatakan kepada saya supaya pergi melawat beliau di tingkat 9 Menara Timur kerana keadaannya amat kritikal dgn bantuan alat penafasan. Pada pukul 9.45 pagi keesokannya pula, 12 Mei 2009 saya menerima call dari Tarmizi yang mengatakan Sdr. Zalimi telah kembali kerahmatullah dan saya terus bertanya pada kawan-kawan situasi tentang jenazah dan cara-cara hendak ke rumah aruah. Saya telah pergi menziarah jenazah di rumah beliau di Tmn. Dato’ Harun ditemani Din Kolam dan semasa membaca ayat-ayat Quran di sisi jenazah, nostalgia saya 2 minggu lepas ketika bersembang dgn beliau di Gym Pusat Sukan, saya lihat aruah seperti biasa shj boleh melakukan aktiviti exercise tetapi saya lihat beliau cepat penat. Sembang saya bersama aruah, ini adalah kerana faktor usia dan saya tak perasan perkara itu dituju kpd saya atau diri beliau sendiri. Beliau berumur 40 tahun meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan. Surat permit menguburkan tertulis sebab kematian – severe intracranial blood in uncal hermation. Al fatihah semoga roh aruah dicucuri rahmat oleh Allah swt.

sila lihat

en.wikipedia.org/wiki/intracranial_hypertension

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: