LAPORAN MESYUARAT SILAT GAYONG UM EDISI KE 26

Mesyuarat telah selamat diadakan pada hari yang afdal (Jumaat), 20 Jamadilawal 1430 H, atau bulan org putih 15 Mei 2009 bertempat di Balai Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, UM. Kehadiran adalah seramai 40 orang dan cukup korum untuk pertubuhan mengadakan Mesyuarat. Semua ahli yang hadir pada kali ini tersenyum simpul kerana mendapat elaun mesyurat sebanyak rm10.00 cukup isi minyak wira gi Shah Alam sebanyak 2 kali, motor lebih sikit. Tempat Mesyuarat pun selesa, taraf saya beri 3* jika dibanding pada mesyuarat tahun-tahun lepas. Ucapan penghargaan dan terima kasih tak terhingga kpd Dekan Fakulti Pergigian membenarkan pengunaan Auditorium tersebut. Syabas kpd Sdr. Razak Rahman yang telah membantu penyediaan semua kelengkapan audio video, p/a system dan kerusi meja untuk Mesyuarat. Kupiah Razak tertanggal masa angkat meja dengan saya.

Ahli-ahli yang hadir diminta untuk menyuarakan pandangan sebebasnya terhadap pertubuhan, amat bebas untuk bercakap dan saya amat mengalu-alukan segala pandangan, kritikan negatif /positif demi untuk memajukan pertubuhan. Jangan cakap belakang-belakang takut tertoleh belakang nampak rimau sedang gosok gigi. Surat edaran mesyuarat dan hebahan melalui email pun ada disebut tentang perkara ini namun demikian pandangan ahli mesyuarat sama sahaja macam tahun-tahun lepas tak ade yang mengetarkan. Kemungkinan agaknya ahli-ahli dah letih sebab baru saja selesai keje jam 5.30 dan pas tu kena hadir lak AGM Gayong, juga agaknya dia orang dah tangkap pot terhadap pertubuhan-nak silat ape lagi buat sakit badan tetapi ingatlah wahai rakan taulan Silat tu pewaris perjuangan dari datuk nenek kita dahulu, jadi eloklah kita teruskan sebagai riadah dan exercise kan bagus, jikalau ditimpa musibah boleh jugak tepis-tepis. Seni bela diri pemangkin kekuatan rohani dan spritual melayu.

logo gayongzaid buku

Perjalanan Mesyuarat

Mesyuarat dimulakan tepat pukul 6 ptg didahului dengan bacaan doa berlagu oleh Sdr. Omar Syarif – bacaan amat berseni dan lancar sekali. Seterusya deklemasi sajak oleh Sdr. Ariffin Ismail bertajuk Perjuangan Sampan di Laut. Sajak ini dibaca dengan penuh semangat dan amat menyakinkan semua audiun berkisah tentang perjuangan diri dan bangsa, semasa mengukapkan perkataan tenggelam, Sdr Mat Pin menyorokan badannya di belakang rostrum dan hilang 3 saat dari pandangan, nasib tak hilang terus ditelan rostrum. Sajak diiringi muzik minus one. Saya sebagai setiausaha automatik lak jadi juruacara mesyuarat menjemput Sdr Pengurusi, Hj. Hashim Ghani yang baru pulang dari Jakarta (main golf pak, golf membawa makna golongan orang lemah fikiran, jgn marah ye pada mereka yang ada kayu hoki buat main golf) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, beliau telah cuba meringkaskan ucapannya supaya mesyuarat boleh habis sebelum magrib. Seterusnya penyampaian cenderahati oleh Pengerusi kepada bekas Bendahari, Sdr. Nazaruddin Abdul Manaf yang telah bersara dari perkhidmatan Universiti.

Ahli Jawatankuasa yang telah mendapat mandat tahun 2009/20010

Pengerusi: Hj. Hashim Abd. Ghani (Bhg. Sumber Manusia)

Naib Pengerusi: Tuan Muhammad Shariff Pono (Keselamatan)

Setiausaha: Sdr. Ramlan Sulaiman (Bahasa & Linguistik)

Pen. Setiausaha: Sdr. Wahyu Hidayat Misdi (Keselamatan)

Bendahari: Sdr. Mansoor Jaafar (Peperiksaan)

AJK

: Puan Siti Salwa bt. Md. Padzil (Alam Bina)

: Sdr. Hj. Nuji Talib (Peperiksaan)

: Sdr. Razak Rahman (Pergigian)

: Sdr. Hashim Arshad (Keselamatan)

: Sdr. Hj. Omar Shariff (JPPHB)

: Sdr. Hairil Shukri Yaakub (Peperiksaan)

Pemeriksa Kira-kira

: Sdr. Ariffin Ismail (JPPHB)

: Sdr. Wan Omar (Keselamatan)

Snapshoot

DSCN6415 DSCN6417

DSCN6422 DSCN6420

DSCN6425 DSCN6433

Snapshoot bawah ditangkap oleh anak saya Nurul Hidayah bt Ramlan yang baru dpat black belt tak kwn dol dua minggu sudah. Tak layak untuk masuk  sekolah gambar *aruah ayah saya yang menyebut membawa makna muzium/galeri. Tajuk gambar: bapaku kunyah cewing gum

DSCN6450

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: