JALAN-JALAN JANGAN MAKAN, MASAK-MASAK SENDIRI MAKAN

KARI IKAN SOLOMON Malam tadi 19 Mei 2009, hidangan yang dimasak oleh isteri saya ialah kari ikan solomon. Info masakan daripada adik ipar saya Ahmad Naim semasa beliau berchit dan chat dengan kakaknya (isteri saya la). Resepi ini telah direalisasikan oleh Roziati Ahmad Yahaya (nama isteri saya) dengan menggunakan rempah khas di import dari Kepala Batas – tak sama dgn rempah Pasar Old Town, Petaling Jaya ya kawan-kawan. Semasa membeli ikan tersebut pastikan isinya masih berwarna merah/orange tanda ia masih elok lagi. Perjalanan ikan itu kemari jauh nya beribu batu, jadi sebelum beli kenalah tanya pada solomon tu – hey kau dtg naik apa, kalu dia diam maknanya naik flight tapi kalu dia bercakap dinasihatkan tinggalkan saja market tersebut takut terkena sampuk king of solomon. Harganya samalah dgn raja ikan di Malaysia si Kurau – masa saya scuba dulu pernah ternampak dia bergurau dgn si Nemo. Saya menontun finding nemo bersama situkang bagi info ni di OU dulu tarikh, sorry saya lupa. Fulamak masakan ni sedap beb, tapi jgn bagi tau sama program “jalan-jalan cari makan” nanti takut dia ubah jadi “singgah rumah cari makan” lak – takut crew tv3 serbu rumah wa lak. Wa malas nak glamour pasal si solomon ni. Isteri saya ni bab masak -masak boleh tahan sebab tu target weight wa nak bagi turun 70kg masih belum kesampaian, now masih 79.5 kg, masa running, carry weight tu pasal member senang sayur.

Cara masak: Tak kan masak kari kau orang tak tau.

nota kaki: adik ipar saya Ahmad Naim sedang menamatkan pengajian PhD di Sheiffeld University, UK – semoga berjaya, insyaallah.

Teringin nak lukis semangkuk kari kepala ikan restoran pelita, SS2, P.Jaya sebabnya dia sedap teringat-ingat dan harganya pun membuat kita teringat-ingat gak – rm36++ keatas – kaya la kau wahai rangkaian mamak semenanjung.

kari-kepala-ikan-solomon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: