PELUKIS DAN BLOG

PENULIS boleh jadi PELUKIS

Wahai semua yang digelar pelukis – pembuat gambar dan komisen artis macam kapitalis tak main ya, hasilkanlah karya yang sebaik-baiknya, seikhlas-ikhlasnya seolah nilah karya terakhir sebelum kamu mati dan insert cepat masuk dalam blog supaya semua orang di merata pelusuk muka bumi ini boleh melihatnya. Kalu tak ada line & komputer berusahalah mendapatkanya. Kalau tak tau membuat blog – kepada sesiapa yang pandai tolonglah mereka itu membuat blog supaya dapat pahala di dunia tanpa sempadan ini. Budaya berpameran di galeri sudah pincang kerana memilih bulu dan pulangan sahaja justeru itu hasilkanlah dan buat link jaringan kepada semua peminat seni visual supaya mereka boleh menghayati dengan tidak payah buang minyak, tambang teksi pakaian skema gi glamour satu macam – visit sesuatu perasmian pameran. Cuba fikir camne peminat seni dari Sg. Bayor, Perak, Manik Urai, Ulu Tembeling nak gi galeri – dia org sana tu mesti dah ada internet…percayalah. Bagi blog address kepada wakil pemuda, sayap ke puteri ke tok batin ke ketua kampung ke supaya boleh dihebahkan pula kepada semua kaum kerabatnya dan sesipa yang ada bakat disana pula mesti dapat di kenal pasti melalui reply dan comment. Buat jaringan pelukis di KL dengan Kg. Pendalaman melalui hubungan maya. Tak payah masuk pameran, menghabiskan beras aje, diaorg tu akan pilih yang establish artist aje sebabnya memang resam dunia – mana ada waktu kini “bukan kerana nama” semuanya mau nama…nama.., lakonan dunia. Hati-hati sebab ramai yang mau boloskan diri sendiri shj, kawan makan KAWAN mau dapat kesenangan – kereta/rumah selesa boleh makan sedap-sedap, boleh gi oversea bil-bila masa, beli pakaian mahal-mahal kemudian gi majlis sosial melaram tak tentu pasal. Tatapi lah karya itu di desktop sambil goyang kaki /minum teh enjoy dan tenang dan sekiranya kalau tak puas dan ingin melihat yang original barulah contact si polan bin si polan tu utk melihatnya – tak kira dimana boleh bertemu contoh di rumah, padang bola, tmn burung, lake garden, kedai mamak, stall mapelay, bus stop, ofis dan semuanya boleh belaka. Pertemuan artis dengan peminat harus di tempat yang sedikit tenang ya. Propose frame sekali jangan biar work tu togel nanti takut hilang estetiknya. Ingat ya hasilkanlah lukisan yang mempunyai aura ya, aura bermaksud seperti si mawi dgn auranya semasa af dulu. Wahai pelukis ber kamakaze lah kamu sebagai pelukis semoga satu hari nanti karya kamu tetap akan dihormati juga, jangan putus asa – you must research & explore first, what subject matter you want to paint, dont simply draw..draw…paint

Gambar foto tahun 1989, tempat: Pusat Seni, USM, aku di barisan belakang no 3 dari kanan memakai baju kotak-kotak, juru gambar: arwah Sdr. Jaafar Selamat. Kawan saya Rahimidin, Rahim, Meda, Salleh, Maarof tak ade dlm ni sebab dia dah cabut balik kampung. Sekarang 2009 dah 20 tahun apa cite semua kekawan ni ya…..syhhh elakkan dari penyangak seni.

USM_1989[1]

2 Responses to “PELUKIS DAN BLOG”

  1. Rahimidin Says:

    Lan, yang tangan kat pipi sebelah Prof Ghaouse tu Salleh. Aku ada, yang belakang Farman sebelah kau -tapi tak nampak muka. Sabzali rambutnya masih banyak. Dr. Bob dan Nur Saida dah kembali ke rahmatullah. Juru fotonya juga. Al-fatihah. Rupa-rupanya dah 20 tahun…

  2. Hafiz Says:

    wahh kawan ayah saya rupa nya🙂, saya cuba2 letak nama ayah saya tadi. terjumpa plak pic nih🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: