JAYA RUNTUH SEMASA DIROBOHKAN

Jaya Shopping Centre sebelum itu dikenali sebagai Jaya Supermarket telah runtuh sebelum ia benar-benar diruntuhkan pada tanggal Khamis 28 Mei 2009 pada jam 4.45 ptg. Semasa isteri ku melalui Jalan Semangat untuk pulang ke rumah dari Sekolah SSP, Jalan disitu mengalami jem giler akibat dari kejadian itu. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1974, dan adalah bangunan utk bershopping yang tertua di Lembah Klang (selepas 10 tahun dari itu barulah aku menjejak masuk ke dalam nya utk start bershopping). Jumlah duit aku dibelanjakan disitu, banyaknya tak terperi kerana apa jua hamba berbelanja membeli barang keperluan spt makanan, kasut adidas/bata/seliper/kulit, alat elektronik, kamera, seluar baju bundle/pakaian dan apa pun keperluan peribadi dan tak peribadi akan dibelanjakan disana. Cincin kahwin di kedai Poh Kong pun aku beli disitu kerana UM dgn tempat ni dekat aje beb (semenjak tahun 1984 lagi). Demi pembangunan dan perniagaan bangunan itu dirobohkan utk diganti dengan binaan shopping mall yg lebih canggih lagi, sahibul hikayat  info mengatakan Singaporean telah membeli Jaya itu dan bangunan tinggi sebelah hadapan pula memang ada problem semasa didirikan bersama dgn pihak berwajib. Lama aku perhatikan kerja perobohan semasa lalu dan lalang disitu dengan  penuh nostalgia tetapi belum sempat ia diroboh dengan terancang tiba2 ia ranap menjadi bencana mengorbankan 4 nyawa dan 3 lagi masih tertimbus dibawah konkrit. Semasa kejadian 30 pekerja menjalankan kerja perobohan dan yang lainnya sempat menyelamatkan diri. Sebab ia terjadi adalah kerana struktur lantai tidak stabil dan keadaan tanah sekitar tak kukuh juga mereka telah  meletakkan beban spt batu, genset dan kren dibhg atas bangunan lantas terjadi lebihan bebanan.  Sebenarnya tuan dan puan pada pandangan hamba yang tak arif dalam bidang binaan ni – kerja ini perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati seperti mana di UK misalnya, mereka melantik pakar perobohan bersama kontraktor utama diatas kerja sebegini. Negara kita ni masih belum ada mamat yang betul-betul pakar dalam kerja merobohkan bangunan tinggi, robohan sebegini mesti mahunya dari proffesional dong bukan macam sodok itu setinggan / reban ayam. Pada sebelah malam kejadian aku telah menyelinap masuk utk memerhati kejadian dari jarak dekat tetapi tanpa diduga bakul di belakang motosikal ku telah tersangkut pada tali halangan polis dan menyebabkan tali tu pun putus, maaf pada anggota keselamatan tu dgn alasan nak jumpa kwn anggota penyelamat dlam kawasan bencana.

bw_p20jaya jaya 1

collapsed_2905

Critera si Tukang Kasut

tukang kasut

Dua sahabat dari Jambi, pencari rezeki halal telah merepair berpasang kasut kepunyaan ambo dan beribu kasut kepunyaan org lain – tak kira miskin/kaya. Lokasi nya betul-betul dihadapan kejadian runtuhan tersebut, semalam ambo gi repair kasut utk merempit sukan di UMT, Terengganu tetapi belum sempat utk interview mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: