BERLARI MENGEJAR SEKOR KUDA LAUT

Kuda laut adalah jenis  hidupan laut yang nama saintifiknya digelar Hippocampus dari kelurga Syngnathidae. Ukurannya di antara 16 mm-35cm (untuk spesies Hippocampus denise) Parit dan longkang tersumbat memang spesis ni tak ada ya kekawan yang budiman, jangan cuba-cuba utk mencarinya kerana  ia hanya hidup di perairan tropis dan lautan jernih di seluruh dunia. Memang banyak terdapat di perairan Terengganu justeru itu kuda laut dipilih sebagai maskot Sukan Staf IPTA bagi tahun ini. Keajaiban kuda laut ialah yang jantannya hamil bukan betina. Populasi kuda laut terancam kerana penangkapan yang berlebihan. Kuda laut ditangkap untuk diguna sebagai adunan  ubat tradisional. Sebanyak 20 juta kuda laut telah ditangkap setiap tahun untuk keperluan ini. Janganlah tangkap dia kawan-kawan, kesian dia – dia ni kecik aje, gi lah tangkap kuda lain yang boleh naik dan peluk contoh mcam kuda padi ke. Kuda pun banyak yang hensem wahai kekawan semua. Maskot comel ini diberi kpd setiap pemenang dalam acara sukan ini. Tahniah kpd UMT kerana amat berjaya merealisasikan kuda laut sebagi ikon popular sukan tahun ini. Semua memerah keringat untuk mendapatkan patong comel maskot ini utk dibawa balik disamping kemenangan yg boleh  menaikkan imej Universiti masing-masing. Venue asal acara olahraga di Stadium Utama Bumbungnya  Runtuh telah dipindah ke mini  stadium bersebelahannya. Mungkin agaknya Rabani dan Nasmizan agak frust kerana tak dapat nak merempit di Stadium Utama yang track baru sentetiknya lebih ngam lagi.

kuda gambar kuda mascot

cari kuda

Acara olahraga telah berakhir pada 5 Jun 2009 dan pasukan UM pulang pada kesokan harinya, sebelum pulang singgah sekejab di Losong beli keropok dan shopping di Payang seterusnya berangkat pulang dgn bus majikanku UM. Pasukan ku ni menuai 2 kilauan emas dan berbelas perak dan gangsa mendapat tempat ke enam keseluruhan. Tahap atlet dalam temasya ini telah meningkat dengan penglibatan atlet bertaraf bintang spt Malek Tobias, Nazmizan, Rabani Hassan dll. Pasukan USM pula telah mula menyinar dengan atlet berkualiti dalam dalam acara long distance veteran dan sprinternya – sebagai tuan rumah pada tahun 2010 mereka telah mula menyusun atlet yang akan lebih mengegar lagi. UNIMAP berada di tangga teratas dengan mengondol 19 emas, 12 perak dan 4 gangsa, UM pula hanya dapat 2 emas, 7 perak dan 9 gangsa.

Semasa dalam bus diadakan pertandingan “nyanyian dalam bus” dan dimenangi oleh En Razali dengan lagu “madu 3” dan Pak Yob dgn nyanyian “dara pujaan” mendapat naib johan, hadiahnya sebungkus asam boi. Wanita veteran menyanyikan lagu “kuda hitam” dan Kee Ling hanya menyanyi 3 patah lagu tionghua, coach dan manager telah turut join merapu sampai lah ke KL.

Sesiapa yang tak dapat kuda laut merasa hiba dan bersalah kerana gi dgn tiada hasil dan pulangan. Mereka yang tangkap pot memanglah bukan ahli sukan sejati. Cuba lah merempit sakan naikkan nama majikan. Di cadangkan juga – mereka yang injured, dropkan awal-awal supaya tak menjadi OKU disana. Terdapat 3 atlet yang gagal menamatkan race kerana lemah semangat. He he sape tu – stop tempat yang sama menyelinap balik khemah rescue. Jadilah staf yang cemerlang dan bersukan sakan bagai nak rak jgn sampai terberak. Semoga yang kalah akan menang pada next temasya sukan ini di USM, penang pada 2010 – insyallah. Bye..bye Terengganu semoga kami akan datang lagi dan terima kasih kpd track  venue olahraga kerana membenarkan diri mu di pijak henyak oleh kami semua semasa bertanding.  Diperturunkan gambar yang sempat ditangkap semasa senggang dgn menggunakan telefon tangan jenis motocola. Resolusi hanya 2 mp, kalu nak yg sharp lagi kau org tangkaplah sendiri guna dslr 18 mp – kalu tak cukup add jd 32 mp lagi terangkat terang giler macam bulan hb 15.

Photo_0065 Photo_0066

Photo_0067 Photo_0068

Photo_0070 Photo_0073

Photo_0061 Photo_0071

Photo_0074 Photo_0075

Photo_0076 Photo_0077

Photo_0078 Photo_0079

Photo_0080 Photo_0091

Photo_0092 Photo_0093

Photo_0099 Photo_0102

Photo_0105 Photo_0112

Photo_0086 Photo_0087

4 Responses to “BERLARI MENGEJAR SEKOR KUDA LAUT”

  1. chipayam Says:

    alo tuan presiden chap ayam, criter2 gak, aper tuan presiden nyer contribution kat temasya nie..?? braper medal dpt..??aper lak kaler nyer medal tuh..??

  2. Bunga Says:

    Saya rasa bekas atlet kebangsaan xlayak untuk masuk SUKUM ni. Unimap coba naikkan nama universiti mereka melalui bidang sukan. Nampak gayanye, staf Universiti-universiti Malaysia yang nak masuk SUKUM tahun depan kena berlatih kuat dari sekarang untuk lawan Unimap. Ape pun tahiah Unimap…….:(

  3. e-ling Says:

    JiaYou JiaYou!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: