Pekan Jumaat SUNGAI BAYOR

Sudah lama tidak ke Selama teringin makan kari gelama, jangan tunggu lama-lama ayoh mari kita mengembara ke Rantau Panjang (Bukan kat Golok tu ya), Sungai Nor, Banggol Jas dan akan bertemu dengan Kg. Sg. Bayor. Selepasnya terdapat 3 kampung lagi iaitu Sg. Damak, Kg. Garok dan Sg. Seputih selepas pacik itu, kalau naik bas – bas akan membelok semula ke arah Selama.

Ada sebuah titi gantung menyambungkan Sg. Seputih dengan tempat yang bernama Belukar Hantu. Selepas itu jalan mati dan hutan belantara (pak belang banyak), dinasihatkan jangan merayau-rayau nak tunjuk adventure nanti takut tak balik. Sg. Bayor adalah pekan besar – kira glamour di antara kampung-kampung yang lain semasa lewat 60 an hingga awal 80 an. Ianya sebuah kampung yang harmoni, meriah dan penduduknya sentiasa berbaik-baik dan muafakat antara satu sama lain.

Tetapi kini pekan ini seolah sudah menjadi bandar cowboy dan terbiar di mana pasar dan kedai sudah menjadi usang seperti tidak dipedulikan. Hanya lembu yang banyak berkeliaran di sana sini. Terjadinya perkara ini saya pun tak dapat menjawabnya? Walaupun begitu pada setiap hari Jumaat pagi terdapat sebuah pasar minggu yang amat menyeronokan dan istimewa. Semua peniaga dari Daerah Selama dan Perak Utara berkumpul untuk menjual apa jua yang boleh di jual. Contohnya madu tualang, ikan tengas dan lain-lain yang asli datang dari kampung ada dijual.

Gambar atas: Pak Cik ini merayau mencari sesuatu barang yang telah hilang selama 5 tahun. Sempat kurakam beberapa snapshot utk tatapan khalayak semasa persinggahan aku ke sana bersama keluarga. Hubung kaitnya aku bersama Sg. Bayor ialah keluarga mertuaku pernah menetap di sana semenjak  lebih kurang tahun 50 an hingga 1986. Tahun 1987 telah berpindah ke Bagan Serai.

DSCN6621 DSCN6625

DSCN6626 DSCN6631

DSCN6633 DSCN6635

DSCN6640 DSCN6642

DSCN6643 DSCN6646

DSCN6651 DSCN6654

DSCN6655 DSCN6658

DSCN6667 DSCN6668

16 Responses to “Pekan Jumaat SUNGAI BAYOR”

  1. mohammad redza hj.hashim Says:

    Abang/pak cik ada gambar lama sungai bayor tak?ada hantar kat saya bulih tak?

  2. gadis bukit kolam Says:

    saya salah seorang anak tmpatan yg tingal brhmpiran pekan sungai bayor.saya akui pasar pagi dekat sungai bayor memang best,dari plusuk kg yg datang mmbeli,meninjau dan yg meramaikan pekan hari trsebut.meriah memang meriah.

  3. kamal baharin b. kamaruddin Says:

    saya kamal asal dari kg damak, rumah kami seperti dalam pulau kerana dikelilingi sungai selama, sg damak di utara, disebelah baratnya bendang damak untuk dihubungi pada zaman saya menggunakan rakit (ikut sg bedarah ) dan berjalan kaki jika melalui bendang untuk ke sg bayor

  4. rashid mahang Says:

    makan nasi lemak 3 kupang best oooo

  5. azli Says:

    kg sg seputih menarik perhatian sy. pernah kesana. titi gantung di hujungnya ada kedai runcit. berjumpa dgn pakcik kamaruddin yg selalu ke hutan. keluarga yg ramah. sy juga di bekalkan buah tangan kebunnya. sblom pulang, sempat ke air terjun sg rabung(kalu tak silap namanya) yg berdekatan.. indah.. semulajadi… nyaman. ada gambar titi gantung tu tak…? malang sy ketika ke sana tidak membawa kamera… (masa tu zaman telefon 3310 lagi… hahaha) rindu nk kesana lagi…

  6. fuad Says:

    saya puan asal dari sungai bayor dah lama tak balik rasa rindu nak mandi sungai lubuk gajah dan……

  7. azham Says:

    Sungai Bayor adalah sebuah kampung yg dahulu nya sebelum merdeka amat disegani.. kerana Penghulu Penghulu nya adalah yg terhebat di Negeri Perak Contoh seperti Penghulu Tok Mohd Sheihk…Penghulu Budin dan Penghulu Toh Ratna Sakti Dato Hj Mohd Ariffin. Mereka mentadbir dan berjuang demi bangsa dan negara.. Tak ketinggalan juga Panglima Panglima Perang yg handal juga menetap di Sg Bayor. Mereka lah yg menerokai tanah melayu dari Selatan siam hingga ke daerah Sabak Bernam dan juga menjaga keamanan Negeri Perak.

  8. fuad Says:

    Encik azham ni banyak tahu pasal sejarah, kalau nak tahu Tok Penghulu Mohd Sheik tu dan Dato Haji Mohd Ariffin tu adalah darah dengan saya kalau ada cerita lain boleh dibukukan kan lagi bagus untuk generasi akan datang

  9. Mat Nayan Says:

    Memang seronok dikampong ni tambahan kalau musim buah hidup cara kampung aman dan damai

  10. datuk paduka zack Says:

    Sg Bayor tempat lahir ku… takan kan ku lupa hingga ke akhir hayat ku…

  11. Zulkifli Jantan emel:akubunian@yahoo.com Says:

    d

  12. Zulkifli Jantan emel:akubunian@yahoo.com Says:

    Saya dilhirkan di Balai Polis Sg Bayor Selama Perak pd 1963. Kami 6 beradik yang membesar di Sg Bayor sentiasa teruja dan merindui utk melawati Sg Bayor. Rakan2 anak polis pun merasa macam tu. Saya setuju org Sg Bayor ialah orang yang baik2 dan mesra. Banyak kenangan di sana. Bapa kami perebet Jantan memang terkenal kerana garangnya di kalangan org Sg Bayor. Mungkin ada yg masih ingat akan arwah. Masa tu masih di Balai Polis lama depan padang Sek Keb Sg Bayor. Sg Bayor memang sebuah pekan yang sungguh tenteram dan aman damai. Saya ada bawa anak isteri ke Sg Bayor tahun lepas. Sememangnya ia lebih sunyi dari 45 tahun dulu. Salam utk orang Sg Bayor.

  13. melurnadeeya Says:

    dah lama x g pekan jumaat…dulu2 ada kedai laksa dan ais kacang yang sedap dekat dengan pekan jumaat (kedai mak su jah)..tak tau sekarang dia niaga lg ke tak…

  14. Pusaka Damak Hiliran Says:

    Pencari barang tu macam kuingat walau dah hampir 20 tahun tak ke sgbayur. Tempat lepaknya stor tepi kedai makan husin. Pada mulanya nampak macam mat pong. Selamatkan sgbayur
    moga cikgu faizul dapat jadi ketua bahagian untuk majukan sgbayur. Kalau diapun nak majukan perut n poket macam org lain, siasialah sgbayur ada pemimpinmacam ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: