BATU KISAR TOK JAH & TOK MINAH

Batu kisar ini diambil dari rumah Tok Wan Darus iaitu ayah kepada bapa mertua saya yang telah mendiami rumah seperti gambar tertera di bawah. Masa waktu lebih kurang 80-100 tahun yang lalu. Ianya diperbuat daripada batu granit yang banyak terdapat di jeram-jeram sekitar Sg. Bayor. Komponen item ini ialah ibu dan anak. Bahagian anak mempunyai lubang untuk mengisi bahan kisar dan kayu pemegang untuk mengisar. Bahagian ibu BATU KISAR 1 copypula mempunyai alur dan muncung untuk mengalirkan cecair kisaran. Batu kisar biasanya digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih. Walaupun Tok Wan Darus seorang guru sekolah namun demikian isterinya rajin membuat kuih muih untuk dijual sebagai mengisi masa lapang. Kemahiran membuat kuih telah diwarisi pula oleh ibu mertua saya dan semoga akan diwarisi pula hingga ke anak dan cucu generasi berikutnya. Ini lah dia pengisar tepung yang amat nostalgia peninggalan warisan keluarga isteri saya. Alat ini banyak jasa kpd keluarga dan orang-orang kampung di sekitar Sg. Bayor suatu masa dulu….masih kah kau ingat, kita berlari-lari mengejar kuih yang tok dah masak – jangan lupa lirik

Sebelum dikisar, Tok Minah memastikan bahan yang hendak dikisar itu dibasuh bersih dan direndam semalaman untuk melembutkannya dan memudahkan untuk dikisar. Seterusnya bahan yang bATU KISAR 2hendak dikisar itu Tok letakkan sesudu demi sesudu kedalam lubang yang terdapat pada anak kisar dan Tok masukkan juga 2-3 sudu air untuk memudahkan kisaran. Jika tidak, Tok akan frust kerana hasil kisaran akan menjadi kasar dan kuih yang akan dihasilkan agak tidak cantik. Bahagian muncung yang terdapat pada ibu kisar tu Tok tadah dengan besen. Ini untuk memastikan hasil kisaran akan keluar melalui muncung yang terdapat pada ibu kisar dan Tok lakukan proses ini hingga selesai. Hasil kisaran seterusnya Tok gunakan untuk membuat aneka jenis kuih seperti kuih kacau, kuih lompat tikam, cendol dan lain-lain. Jika Tok ingin membuat kuih seperti puteri mandi dan onde-onde buah melaka, hasil kisaran tadi Tok tapis menggunakan kain. Ini bertujuan untuk membuang air yang terdapat dalam hasil kisaran. Kini alat ini telah tidak digunakan lagi, mungkin generasi la ni tak kenal apa benda batu kisar ni. Justeru tu saya paparkan cite ni kpd kekawan yang sempat masuk ke blog saya ni dan leh lah tunjuk kpd anak masing-masing. Batu kisar ini telah ku bawa ke PJ sebagai hiasan dan kenangan silam. wassalam

Ni gambar rumah tempat tinggal keluarga mertuaku.

rumah join 3




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: