MALEK SAIDIN DIRAWAT DI PPUM

PPUM singkatan nama dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dimana teman sepejabat yang bernama Malek Saidin sedang menjalani rawatan laser memecahkan batu karang yang terdapat di bahagian buah pinggangnya. Penyakit batu karang  terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Info dari Cikgu Kamarazaman wadnya ialah 6U, terus sahaja kesana pada jam 9.30mlm tanggal 18 Jun 2009 – sesampainya disana terlihat isterinya ada menunggu diluar dan terus menemani saya ke katil Cikgu Malek Saidin. Sebelum itu saya agak suspen camne agak keadaannya, tetapi cemas saya hilang apabila melihat Cikgu Malek ceria dan tersenyum girang kerana kawan telah datang melawatnya. Saya bersembang tentang pengalaman pembedahan laser yang dilaluinya dan cite-cite lain sehingglah pengawal meminta pelawat supaya beredar dari wad kerana waktu melawat sudah habis. Seterusnya saya berjalan bersama utk menghantar saya ke lif dan singgah di surau wad dan bersembahyang ishak denganya. Alhamdulillah Cikgu Malek sehat dan ceria, pasti tetap akan terus goreng dgn gitar fender nya.

Photo_0144 Photo_0145

Cikgu Malek dan isteri kesayangannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: