SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA

“Happy Father’s Day

Kepada semua yang bergelar bapa tak termasuk kucing, tompok, meong, puput, doggy johnny dan ayam serama peliharaan di planet bumi ini diucapkan selamat menyambut hari bapa pada 19 Jun 2009. Terima kasih.

Alkisah kewujudan Hari Bapa bermula dari peristiwa pada tahun 1839 yang berlakunya peperangan Iransop dan  kematian 123 lelaki. Hari Bapa pada zaman moden pula diadakan semenjak 5 Julai 1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai spritual dalam agama Kristian, meniru sambutan Hari Ibu.

Sonora Smart Dodd adalah pelopor kepada  sambutan Hari Bapa pada 1910 sempena mengenang jasa bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat yang secara bersendirian membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Bapa yang pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910.

Bunga ros diiktiraf sebagai bunga rasmi Hari Bapa. Warna merah dipilih untuk bapa yang masih hidup, sementara warna putih untuk bapa yang sudah meninggal dunia.

Apa pun, Hari Bapa bukan tradisi masyarakat Melayu. Hari Bapa juga bukan tuntutan dalam agama Islam. Namun begitu, umat Islam sentiasa diajar untuk terus menerus mentaati, menghormati dan menghargai kedua-dua ibu dan bapa sepanjang masa tanpa mengira hari dan waktu.

Al fatihah kepada arwah bapaku dan didoakan sehat sejahtera kepada bapa mertuaku.  SEMOGA ANAK-ANAK KU MENCONTOHI PERBUATAN KU MENYAYANGI DAN MENGHORMATI DATUKNYA, INSYAALLAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: