RUMAHKU SURGAKU: PEJABAT?

Rumah jikalau aman damai hidup berkeluarga sememangnya dipanggil “rumahku surgaku” tetapi di tempat kerja (pejabat tak kira apa profesion) selalunya tak leh panggil “pejabatku surgaku”. Apakah sebabnya? Sebabnya tak sesuai buat apa nak plagiat lak. Perkataan sesuai ialah “kerjaku ibadahku” baru ngam. Ingatlah kerja satu tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Jangan celok elakan dari mengampu sebabnya bila kita berkerja kerana Allah, bermakna kerja itu dianggap satu ibadah dan yang terpentingnya setiap kerja atau perbuatan yang dilakukan perlu disertai dengan “Nawai tu” atau niat yang suci supaya usaha yang dibuat itu di berkati agar ianya menjadi ibadah.

Setiap pekerjaan yang dilakukan perlu dirancang terlebih dahulu, kerja yang dilakukan bukan sahaja untuk hari ini, bukan kerana gaji dan wang tetapi ianya adalah kerana tanggungjawab kita terhadap yang diamanahkan kepada kita.

Berharap pada diri dan sama samlah kita Bekerja dengan Sebaik Mungkin bukan sekadar sambil lewa kerana dikuatiri jika kita tidak menjalankan tugas, tanggungjawab dan apa yang diamanahkan dengan sepenuhnya, maka jika pekerjaan yang dilaksanakan tanpa adanya keikhlasan ianya tidak lagi mendatangkan keberkatan dan ibadah yang diharapkan.

Oleh itu, bekerjalah dengan ikhlas dan pupuklah semangat suka bekerja, Hargai masa bekerja dengan betul-betul bekerja agar gaji atau apa yang kita terima setimpal dengan kerja yang kita lakukan supaya rezeki yang diterima diberkati hendaknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: