CHAP AYAM RUNNERS

KENAPA GENG-GENG NU DIPANGGIL CHAP AYAM RUNNERS?

Cite nya gini: Pada permulaan alaf baru 2000 terdapat ramai anak-anak muda yang cool aktiv menceburi aktiviti larian disekitar Lembah Kelang yang mereka ini sebenarnya bukan dilahirkan sejak azali sebagai runners tetapi terror dalam bidang sukan yang lain seperti bola, badminton, hoki dll. Mereka tidak berminat lagi dengan sukan itu lalu mereka joinlah acara larian sebagai aktiviti sosial demi mengekalkan fitness memasing. Juga running dilihat sebagai aktiviti yang mudah…ambil kasut stokin pakai dan lari, kurang pula boleh mendatangkan injury jika dibandingkna dengan sukan2 lain.

Demi untuk mengeratkan hubungan sosial, tunjuk ajar diantara satu sama lain lantas mereka menubuhkan lah “chap ayam runners” yang dilihat sebagai very low profile, something awesome.

Kelab ini telah dilancarkan dalam satu acara larian sempena sambutan tahun baru anjuran pacemaker di Lake Garden, Kuala Lumpur pada 1 Januari 2009. CAR telah menumpang untuk melancarkan banner skrol sebagai tanda CAR ditubuhkan. Sdr. Hailmi Masro sebagai pengeraknya manakala perasmian, annual meeting pertama dan pelancaran logo diadakan di Universiti Malaya pada 2 Januari 2010. Dr. Rafidah Abdullah selaku juru rasmi majlis.

Sejarah penubuhan pula bermula pada satu acara larian relay sempena Deepavali yang dikelolakan oleh Ronnie di Bukit Kiara pada November 2008 dimana satu team mengelarkan kumpulan mereka sebagai Chap Ayam Runner (Nazif, Hailmi & Maswafi). Daripada peristiwa tersebut satu perbincangan untuk penubuhan Chap Ayam telah diadakan disebuah Kedai Kopi di Jalan Bukit, PJ bersama saya beserta Halmi dan Farid. Nazif  adalah sebagai moderator untuk membuat blog manakala Hailmi sebagai Setiausaha.

Petikan ayat/tulisan Nazif/Runnaz

Chap Ayam Runners ini terbuka untuk semua tanpa mengira bangsa, usia, agama…Ia hanya berpaksi utama demi melahirkan masyarakat yang sihat dan masyarakat yang mengutamakan kesihatan….tarak motif lain laaa…Tiada sebarang yuran dikenakan! Merupakan platform dan paling ideal untuk mereka ‘pendatang baru’ atau ‘pendatang lama’…bagi ‘pendatang haram’…ini bukan platformnya…salah tempat hah. huhuh!! dan anda dapat mengembangkan minat dalam bidang sukan ini disamping mengelakkan sindorm ‘kesunyian’ dan ‘keseorangan’ yang akhirnya lih mengakibatkan ‘keboringan yang tragis’…dan yang terlast-last skali menyebabkan pendatang baru ni takmo datang lagi dan hilang terus tanpa jejak.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: