MEE GORENG ROTI BAKAR

Lokasi: Jalan 11/14, Petaling Jaya, 24 Jun 2009 pada jam 11.00 pagi berdekatan dengan Pusat perubatan UM.

Photo_0156 Photo_0153

Pemilik kedai namanya Ah Lian bapanya bernama Yau Cheng Ching @ Ah Kaw memulakan perniagaan kedai makan ini semenjak tahun 1966 lagi. Kedai ini ala kopitiam menyediakan minuman panas & sejuk serta roti bakar / kukus / telor 1/2 masak, ada juga menjual yong tau foo disebelah pagi. Roti bakar disini memang sedap jika dibanding dengan tempat lain. Setelah bapanya mati pada tahun 1997 ia terus mengambil alih kedai ini. Dulu Ah Lian ni ada meletakkan botol beer dialmari kedai tetapi setelah saya menegurnya dengan berkata “lu letak ni beer sini langsung melayu tak mali, lagi lu lugi”  langsung dia membuangnya.

Seorang yang bernama Hj. Rahim menyewa ruang di dalam kedai ini dengan menjual masakan ala nasi kandar. Isnin, Khamis dan Jumaat adalah air copyhari  nasi beriani ayam – furgh terangkat bila pekenanya dan hari lain hidangan nasi putih aje. Terdapat mee goreng stail mamak yang digoreng sendiri oleh Hj. Rahim yang membuatkan selera saya teringat mee goreng oleh mamak Hussein pada tahun 1969-1980 Kg. Telok Panglima Garang, exactly sama rasanya. Hj. Rahim (58 tahun) adalah ahli sufi dan pernah berkelana hingga ke Afghanistan dan Pakistan datang dari Madras ke sini sejak tahun 1974, mula bertapak meniaga warung roti canai di Penang Road, Penang.

Abangnya bernama Rashid juga sebagai partner meninggal pada tahun 2008 semasa pulang menemui keluarga di Madras juga handal membuat mee goreng. Air tangan Hj. Rahim lebih umphh, memang tak boleh celen tapi sayang Allah swt telah menjemputnya dulu.

Diarinya bermula jam 7.00 pagi – dari rumah sewa di Old Town dia bermotosikal datang untuk mula mencari rezeki dengan membeli bahan masakan harian berupa: ikan tenggiri 3 kilo, kembong 1 kilo, Photo_0148ayam 13 ekor untuk nasi beriani, kambing 3 kilo, sayuran 2 kilo, mee/meehon 10 bungkus. Beras sebanyak 5 kilo dan beriani beras mati pula 10 kilo.

Begitulah hari-hari yang dilalui oleh Hj. Rashid pada setiap hari keculai ahad (off) dan sabtu sampai kul 3 ptg aje. Keuntungan bersih adalah sebanyak RM2,000 sebulan (Wang dihantar ke Madras untuk keluarganya di sana) dan dia sering berkata rezeki dari Allah jangan mau untung cepat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: