MEMAHAMI VIRUS H1, N1 (SELSEMA BABI)

Ringkasan wabak yang ditakuti manusia masa ini, penduduk kampung memanggil  “samar babi

‘H’ bermaksud Hemagglutinin protein

‘N’ bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus. Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan.

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja, hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 – yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

flubabi-300x262Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia. Jumlah kes Influenza A (H1N1) di Malaysia meningkat kepada 91 kes apabila 10 kes baru dilaporkan dengan dua kes tempatan, dan lapan kes import, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, hari ini. Enam buah sekolah sudah ditutup di sekitar Lembah Klang untuk mengelakkan penyakit ini daripada merebak. Wabak ini semakin serius dan semua yang ada simpton samar ini diminta tampil atau menelefon 993 secepat mungkin untuk rawatan dan kurantin. Semua cuti pegawai dan kakitangan perubatan telah dibekukan. Laporan terbaru ada penularan samar ini di Bkt. Bintang.

Jangan takut dengan huruf H & N kekadang tersebut F & N (tu orange). Ini hanya nama. Virus ini masih belum di ketahui sifat dan perangainya. Juga tidak diketahui lagi sejauh mana ianya telah merebak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: