TAHUN 1976 – 1981 (CHARLIE’S ANGELS)

Charlie angel picSelang beberapa jam sebelum Michael Jackson meninggal dunia, seorang lagi bintang hollywood bernama Farrah Fawcett meninggal dunia lantas meninggalkan dua angel yang lain bernama Kate Jackson (gambar kiri) dan Jaclyn Smith (gambar kanan). Aku memang tak pernah miss menonton siri tersebut kerana jalan cerita digarap dengan baik dan tiga bidadari moden ini memang mengujakan semasa aku dalam darjah enam – tingkatan empat. Aaron Spelling sebagai producer siri tersebut dan pengarahnya bertukar-tukar pada sesuatu masa. Siri ini penuh adventure, dramatik dan penuh aura bila menontunnya. Farrah meninggal dunia akibat sakit kanser usus yang ditanggungnya sejak 2 tahun lalu. Paling syok dan intim bila beliau berkahwin dgn Lee Majors bintang siri “Six Million Dollar Man” . Pernah Lee berkata, Farrah ni sungguh jelita bila bangun dari tidur mata nya bersinar seperti mata kucing namun begitu perkahwinannya berakhir pada 1979 kerana tak sehaluan (sepatutnya Lee kahwin dgn Jammie Sommers “Bionic Woman” baru ngam choi) dan selepas itu dikaitkan pula dgn sutradara James Orr dan aktor Ryan O’Neal. Hari terakhirnya sedikit terubat bila dia  dilamar oleh bekas kekasihnya Ryan O’Neal. Pernahkah anda menontun “Love Story” tahun 1970 lakonan Ryan Love_storybersama Ali McGraw? kalau belum sila cari dan tengok memang tangkap leleh, lentok dan syok masyok. Agaknya Mat Jiwang dah bercucu ari ni. Umur Farrah hari ini sebelum disemadikan ialah 62 tahun. Begitulah resam dunia tiap yang mula pasti berakhir, yang tumbuh berganti, yang muda akan tua, gigi susu – gigi kekal pas tu rongak, bercinta makan aple bersama dah kahwin jalan jauh-jauh terpimpin tangan naik escalator “hei mengada-ngada la awk ni”.

One Response to “TAHUN 1976 – 1981 (CHARLIE’S ANGELS)”

  1. Ken Says:

    Rest in peace.She was one of my heroes. Steph http://www.reactivehypoglycemia.info

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: