TINGGINYA BADUT NI: KL MARATHON 09

badutLokasi: Dataran Merdeka KL sempena KL International Marathon, 28 Jun 2009 masa jam 9.00 pagi

Laporan: Larian Standard Chartered KL Marathon mengumpulkan seramai 12,500 runner termasuklah geng-geng chap ayam, yang elit, amatur, yang cun, seksi, tua dan muda telah hadir join. Seramai 30% dari luar negara terutama dari S’pore dan Siam telah datang menyertai larian hari ini. Banyaklah acara selingan diadakan bagi memenuhi program ni antaranya nyanyian asli, muzik pop, funfair, panjat tembok, massage dll. Persembahan seorang badut dengan tarian Jacko ala moonwalker paling mendapat sambutan. Keputusann marathon edisi tahun ini telah didominasi oleh pelari dari Kenya dimana Julius Kilimo Kipkorir tempat pertama dengan hadiah RM70,694 dengan catatan masa 2 jam 17.2 s, tempat kedua jatuh kepada Nelson Kirwa Rotich membawa balik hadiah RM28,277.60 dengan catatan masa  2 jam 18.24s dan tempat ketiga oleh Armon Kipchirchir dengan duit kemenangan RM17,673.50 dgn mencatat masa 2 jam 18.55s. Hasrat aku nak join 21km tak kesampaian kerana heel pain masih belum sembuh lagi, jadi ku datang hanya untuk beri support pada kekawan yang bertanding dan tengok manusia berlari sejauh 42.195 km tanpa henti…bayangkan dari KL ke Port Klang tu, sanggup tak? Ramai yang tak cukup run mileage train telah jadi kengkang sebaik tiba di garisan penamat. Kepada mereka yang menamatkan full marathon tak kira usia, warna kulit dan gender walaupun timing tak ngam, wa salute sama lu..congratulations serupa panjat itu mount everest punya kepuasan bila sampai finishing.

johanJulius Kilimo Kipkorir sebelah kiri Nelson Kirwa Rotich di tengah gambar manakala Armon Kipchirchir sebelah kanan. Dua Putera dan Puteri Sultan Mizan yang turut mengambail bhg. dlm kategori kid marathon di tengah gambar. Pelari dari Benua Amerika dan Eropah tak ramai yang hadir mungkin takut dengan samar babi agaknya. Kenapa pelari dari Afrika terutama dari Ethiopia dan Kenya selalu menang dalam acara larian jarak jauh taraf dunia? jawapannya sila baca pautan ini untuk teladan kepada orang muda di Malaysia: KISAH PELARI KENYA Foto: Ramlan Sulaiman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: