SEMBANG pasal BLOGER

Salam sempoi semua bloger, sesiapa yang tak terlibat dgn research atau intellectual growing  maka kau orang publish la apa korang suka jgn malu dan segan, JANGAN PERASAN nak control ilmiah serta akademik sebab yang benda tu ramai kekawan tak suka baca, mereka suka yang sempoi aje. Banyak sungguh perkara di dalam dunia ni boleh di bicarakan sehinggakan tiada titik noktah kecuali setelah kamu lupa bernafas. Contoh ayat “pipi gebu ku digigit nyamok lalu kutampar nyamok tu sehingga penyek, geram terus ku makan”, lagi satu “ku menangis melihat simeow mkn freskies then dia lari dikejar tikus”.  Jangan kisah samada ada kutu nak visit atau tidak ke blog anda.  Idea spontan dan jujur ini sekurang-kurangnya boleh mengembangkan minda dan mengisi masa yang terluang. Lapangkan masa 30 minit – sejam dan tulislah, curahkan kpd web apa yang kamu pendam dan rasa supaya menjadi terapi kehidupan kalian. Jangan takut mata-mata tak kan tangkap anda. Tetapi awas jangan sampai addict, control ya kekawan.

Difinasi blog ialah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya. Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

Sebenonya Blog ni dah lama ada di web tapi tak ramai menggunakannya, hanya selepas memasuki alaf 2000 macam mesingun anak -anak muda bergelumang dengannya sebagai satu medium untuk minah dan mamat atau organisasi memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan, promosi, link sahabat blog, resume, nak mengorat, mengumpat, mental, acah-acah siber, resume  dan kebanyakannya hanya untuk suka-suka.

Untuk menghasilkan blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri (memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma. Ada dua laman web popular yang menyediakan khidmat blog secara percuma iaitu Blogger dan WordPress

DSC02261rInilah gambar paling terbaru, latest, terkini, ternow tanggal 1 Jun 09 (hari rabu) yang disnap oleh En. Kamarazaman mengguna kamera Sony Cybershot DS-P100, berkapasiti 5.1 mp, tak pakai flash (indoor) tapi hasil mengkagumkan. Hensem tak tapi sayang dah kahwin hu hu keh keh…Masa ni dah petang, pas tu Din Kolam sms mengajak swim bersamanya lantas ku layan Din sehingga tak sedar dah terswim sampai 22 lap, termasuk rest interval – jangkamasa berendam ari ni satu jam 10 minit.

One Response to “SEMBANG pasal BLOGER”

  1. Kama Says:

    Pembetulan:

    bukan canon tetapi Sony Cybershot DS-P100, 5.1MP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: