MOUTH GUARD @ JAGA MULUT .

soft mouth guardMouth guard ni apa dia? cicak ke, lipan ke, pemadamke – satu benda berupa alat pelindung mulut dari terkena tumbukan acara sukan seperti tinju, karate, silat, tak kawan dol dll. Laras bahasa melayu dipanggil “jaga mulut” justeru sape-sape yang mulutnya belum dinsurankan belilah benda ni. Ianya juga boleh dipakai kepada mereka yang bermulut laser atau tak tau jaga mulut (sebab mulut badan binasa) kerana jika memakainya tuan punya diri secara automatik berfikir sebelum nak bercakap.

Tugasku membeli mouth guard untuk diberi kpd Yayah puteri ku untuk mengambil bahagian acara Tak Kwan Do mewakili sekolahnya. Perlawanan berlangsung esok jadi hujan ke ribut demi nak menutup gigi putihnya yang sedikit jarang tu aku kan tetap akan mencarinya. Sir atau gelaran trainner nya menyuruh parents gi beli benda tu, ada ke patut benda-benda pelik macam ni dia suruh emak bapak beli. Awak tu jurulatih mesti ada stock atau pembekal yang familiar dan senang boleh dapat – gi la beli banyak-banyak dan jual aje pada student kan senang nak muck up lebih sikit pun tak apa kira ok. Bayangkan ari ni hampir 2 jam aku merayau di Mid Valley mencari binatang tu, sebabnya aku kesana adalah info tak betul dari mangkuk ni jugak – ku lesing baru tau. Dah dua kedai Profesor aku gi, satu di PJ dan kali ni di Mid Valley, kang kung betul la. Semua kedai sports ku terjah dan yang banyak nampak ialah kasut nike dan publisiti MU nak lwn M’sia. Cemas aku tak tangkap Tshirt Nike new arrival – cantik lak. Ini Mid Valley adalah antara shopping centre yang terbesar di Asia jadi walaupun aku dan berpuluh-puluh kali kesana namun tetap jugak susah nak  parking dan bila balik sesat lak tak jumpa tempat parking. Masa disana ku menjadi heran memandang sungguh ramai manusia mundar-mandir membeli belah, datang dari mana, tak keje ke dia orang ni, cuti sekolah pun bukan, tak takut ke H1 N1 dan seterusnya aku celah meninggalkan MV. Langkah pencarian si sang pelindung gigi ialah di TAR. Memang ku jangkakan benda ni mesti ada dijual di GS Gill kedai adidas di TAR (Jln Tengku Abd. Rahman) dan terus ku beli dua. Awek cashier kata rendam dgn air panas dulu sebelum pakai sebabnya nak kill bakteria dan bagi lembut sikit. Sempat ku tanya padanya? Kalau tak ada gigi boleh pakai  tak, lantas dia menjawab boleh bang tapi takut tertelan masa kena flying kick nanti…eh..eh..laser lak mulut minah ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: