BERENTAP KALI KE DUA (MALAYSIA VS MU)

MU VS MSIABERITA 1 (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR – Manchester United, semalam menolak rayuan Indonesia untuk mempertimbangkan semula keputusan membatalkan perlawanan di Jakarta. Kelab terkemuka England itu menyatakan mereka bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan para pemain. Juara Liga Perdana England itu dijadualkan bertemu pasukan All-Star Indonesia hari ini tetapi terpaksa menarik diri selepas berlakunya serangan bom di sebuah hotel di Jakarta.

Hotel tersebut merupakan tempat penginapan bagi pasukan ternama England itu apabila tiba di Indonesia. Jurucakap Presiden Indonesia, Dino Patti Djalal yang dipetik oleh Jakarta Post menggesa United untuk meneruskan lawatan ke negara tersebut. “Tidak ada pesanan lebih kuat kepada dunia berbanding meneruskan perlawanan di Jakarta seperti apa yang telah dirancangkan.

“Semua perkara hebat akan dicapai oleh Manchester United apabila pasukan bola sepak handalan itu diterima dengan hati terbuka. “Meneruskan perlawanan di Jakarta adalah satu perpaduan yang akan diingati untuk tempoh yang panjang sebagai satu sejarah,” kata Dino Patti. Namun begitu, United enggan untuk meneruskan perancangan yang telah diatur sebelum ini.

“Keputusan untuk membatalkan perlawanan di Jakarta tidak dibuat secara bersahaja, tetapi ia diambil kira selepas tindakan yang dilakukan oleh pengganas. “Kelab ini telah menerima pandangan dan nasihat daripada banyak sumber, termasuk Pejabat Luar Negara daripada kerajaan kami sendiri. “Nasihat tersebut tidak berubah. Oleh yang demikian, keputusan kelab juga masih kekal seperti sebelum ini. “Semua orang di kelab ini kecewa apabila tidak dapat beraksi di Indonesia. Namun begitu, ia adalah tanggungjawab kelab untuk menjaga kepentingan pemain dan pegawai,” kata kelab itu dalam satu kenyataan, semalam. – AFP

BERITA 2 (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR – Manchester United akan beraksi dalam perlawanan kedua menentang Pilihan Malaysia pada pukul 8.45 malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, promoter siri Jelajah Asia United, Julian Kam berkata, perlawanan kedua itu diadakan selepas United terpaksa membatalkan kunjung ke Jakarta ekoran insiden pengeboman dua hotel mewah kelmarin. “United akan beraksi sekali lagi menentang skuad Pilihan Malaysia selepas perlawanan hari ini.

“Peminat yang mahu menyaksikan perlawanan esok boleh mendapatkan tiket yang berharga RM308 dan RM58 di kedai sukan yang dilantik untuk menjual tiket perlawanan. “Peminat juga boleh membuat tempahan secara online di http://www.ticketpro.com.my. Tiket juga akan mula dijual esok (hari ini) di stadium mulai pukul 12 tenghari hingga pukul 7 malam. “Tiket-tiket juga akan dijual pada hari perlawanan mulai pukul 12 tengahari,” katanya dalam sidang akhbar khas mengumumkan perlawanan tersebut di sini, semalam. United mengalahkan Pilihan Malaysia 3-2 pada perlawanan yang disaksikan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Menurutnya, perlawanan kedua esok memberi peluang kepada peminat yang gagal mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan semalam.

“Kepada peminat di Jakarta yang telah membeli tiket tetapi tidak berpeluang menonton perlawanan di sana, mereka boleh datang ke sini menyaksikan perlawanan dengan menukar tiket yang telah mereka di sini.

“Kami menyediakan 3,000 tempat duduk khas untuk peminat dari Indonesia,” katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, David Gill berkata, pasukannya akan terus berada di Malaysia ekoran pembatalan perlawanan di Jakarta.

“Kami gembira kerana dapat mengadakan perlawanan kedua dengan skuad Malaysia. “Kami selesa dengan kemudahan yang disediakan di sini. “Kami terpaksa membuat pembatalan perlawanan di Jakarta atas faktor keselamatan,” katanya. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Malaysia akan membariskan pemain yang sama seperti perlawanan semalam untuk perlawanan kedua esok.

BERITA 3 (Empunya Blog Ini)

Terbangkan saja pemain-pemain Indonesia ke KL dan bermainlah di Stadium Bkt. Jalil, aku rasa lagi ummphh.  Mat Indon dan Bibik akan berpus-pusu datang serta warga Indonesia yang lain juga akan kunjung tiba. Sedikit sebanyak menolong buisness air asia, mas, garuda dan merpati, hotel pun akan penuh. Nak buat camne musibah hotel dah kena bom – takdir. Msia dah main semalam buat apa nak ulang lagi, ku lihat di TV semlm seolah ada unsur gambling lak – ade ke Van Der Sar bleh buat perangai macam keeper budak sekolah.  MU tu main cuma 70% performance: cemas tak Alex_Ferguson_by_FvSkena sayur semalam. Kalau seri 2 sama memang la kau orang bungkus nasib baik si Owen tu score last minute jadi 3-2. Publisiti buisness serta taraf elite dan glamour saja yang menyerlah. Mamat yang bernama Alex Ferguson mengemudi kelab ini dari promosi sehinggalah setting pemaian2ya. Ada tak yang talent macam si mamat ni dlm FAM atau kelab di sini, wa risau takut kena cantas lak atau plotiking isu. Memanglah kedatangan dia org kemari membuatkan baju tshirt MU dan aksesori lain berkaitannya di Negara ini dijual macam goreng pisang panas – sape yang untung. Ummph game dah hilang kalau repeat balik –  dlm art dipanggil cliche

grafik oleh yang empunya blog, 11.30 pagi, ahad 19, Julai 09

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: