LOGO CHAP AYAM RUNNERS

LOGO CHAP AYAM 2

Petang tadi maka telah direalisasikan logo “Chap Ayam Runners” setelah persetujuan bersama  CAR1 (Hilmi). Tujuan penubuhan dan matlamat kelab ini telah pun dicitekan kpd kaum kerabat sehabitat dgnya melalui tulisan yang lalu tapi sesiapa yang terlepas bas sila klik saja word di atas. Seolah terasa rangsangan untuk mendesign logo ini demi anak-anak muda yang cool dan bersemangat dalam bidang ini. Juga bersama ini dikemukakankan  untuk semua members yang berkokok dan tak berkokok tentang wawasan dan  matlamat serta arah tuju Chap Ayam Runners:

1) Akan menjadi pemangkin kepada anak-anak muda yang berminat untuk menyertai aktiviti riadah tanpa mengira batas usia, gender, agama dan bangsa. Mereka yang berminat untuk mengembangkan bakat sukan yang ada harus dibantu.

2) Aktiviti kelab merujuk kepada acara running, berjalan kaki, swimming, menyelamat, adventure, basikal dan triathlon. Kesemua acara ini akan dikemudi oleh members yang arif dan pakar dalam bidang masing-masing. Kepada sesiapa yang inginkan tunjuk ajar atau tip teruskan sahaja berjumpa sahabat yang pakar tadi dengan berhubung melalui blog atau terus berjumpa dengan mereka yang telah ditauliahkan itu.

3) Rangkaian members atau sahabat kelab akan mewujudkan satu unity atau gabungan sebuah masyarakat yang sihat dengan selalu melakukan kegiatan riadah sebagai satu budaya hidup.

4) Blog “Chap Ayam Runners” akan dipertingkatkan kualiti grafik, pengisian dan maklumat yang up to date serta mengallakan sahabat celik IT terutama dam web design. Tahun 2009 adalah tahun promosi dan memastikan Chap Ayam akan dikenali diseluruh KL dan Malaysia. Seterusnya promosi itu akan dikembangkan lagi hingga keseluruh dunia. Blog Chap Ayam akan menggunakan versi bahasa inggeris.

4) Akan berjumpa dengan MSN dan MOM untuk mendapatkan pandangan dan bantuan untuk menghantar runners yang qualified menyertai acara marathon di luar negara.

5) Tahun 2010 Chap Ayam akan bergerak untuk menganjurkan kejohanan larian dan lain-lain aktiviti yang boleh mendatangkan manafaat kpd masyarakat. Contohnya akan bergabung dengan Utusan Melayu mengerakkan semula larian Utusan yang sudah tidak diadakan. Dengan gabungan ini sponsor akan mudah diperolehi.

6) Usaha akan dibuat untuk mendaftarkan kelab secara rasmi dan  semua members atau sahabat akan diberi kad indentiti.

7) Perolehan pendapatan kelab akan didapati dari penjualan item-item melalui blog dan juga yuran ahli. Lembaga kelab akan dilantik dan satu account bank akan dibuat. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan menandatangani check.

8) Walaupun dilihat atau didengar Chap Ayam sekadar momokan dan gurauan tetapi ianya serius…memang serius dengan hala tuju dan wawasannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: