TELAH KUKATAKAN

BACA BERITA INI (UTUSAN MALAYSIA)
KUALA LUMPUR – Skuad kebangsaan tunduk 0-2 kepada MU pada perlawanan kedua semalam namun keputusan itu tetap membanggakan kerana pasukan negara berjaya mengelak daripada diaibkan dengan jaringan lebih besar. Keletihan dan kelemahan taktikal menjadi penghalang skuad bimbingan K. Rajagobal untuk mengulangi persembahan bertenaga sebelum kalah 2-3 pada perlawanan pertama Sabtu lalu. Gawang skuad kebangsaan hanya dibocori dua kali oleh Federico Macheda dan Michael Owen pada separuh masa pertama. Kejayaan Amri Yahyah dua kali membolosi gawang United Sabtu lalu sekadar menjadi memori manis dalam sejarah bola sepak negara yang tidak mampu diulangi pada perlawanan semalam. Malaysia cuba mengulangi persembahan seperti mana perlawanan pertama kelmarin dengan merencanakan beberapa serangan ke kubu United. Namun mereka dikejutkan dengan jaringan Macheda pada minit ke-10.

Ia disebabkan kealpaan pertahanan Malaysia yang membiarkan Darren Fletcher keseorangan dalam petak penalti sehingga pemain tengah itu bebas untuk melakukan hantaran pendek kepada Macheda yang tidak teragak-agak merembat masuk menewaskan Mohd. Farizal Marlias.

United seolah-olah belajar dari kesilapan perlawanan pertama dengan corak permainan penuh taktikal dan tenang melakukan serangan ke kubu Malaysia. Hasilnya Owen mencuri gol kedua United pada minit ke-12 hasil hantaran lintang Zoran Tosic. Tidak mahu berputus asa, walaupun ketinggalan 2-0, Rajagobal menukar taktik permainan dengan mengeluarkan Mazlizam Mohamad dan Asraruddin Putra Omar menggantikan V. Thirumurugan dan Azmi Muslim.

DAN BACA JUGA (Berita Harian)
MALAYSIA kembali berpijak ke bumi nyata apabila juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United membawa anak didik K Rajagobal turun dari awang-awangan, Sabtu lalu dengan kemenangan selesa 2-0 pada perlawanan kedua, siri Jelajah Asia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Sir Alex Ferguson merehatkan Rio Ferdinand, Nani, Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov dalam perlawanan kedua dengan penjaga gol, Ben Foster, yang melakukan kesilapan buat gol kedua Malaysia tempoh hari menggantikan Edwin Van der Sar. Barisan tuan rumah diketuai Norhafiz Zamani Misbah hanya membuat satu penukaran dalam barisan utama dengan meletakkan Mohd Bunyamin Omar mengisi tempat Amar Rohidan di posisi tengah. Paluan gendang oleh kira-kira 40,000 penonton tidak banyak membantu skuad negara yang bermula gugup sebelum Indra Putra Mahayudin berjaya menyusup benteng United tetapi rembatannya dihalang pertahanan United.

United seperti perlawanan pertama, bijak mengaut peluang dan mendahului seawal minit ke-10 menerusi jaringan Federico Macheda hasil kealpaan benteng Malaysia dan selang dua minit kemudian giliran Owen pula menggandakan kedudukan dengan gol kedua. Tuan rumah enggan berputus asa dan berjaya melancarkan serangan balas pada minit ke-36, namun hantaran terus kapten, Norhafiz sedikit di luar jangkauan Amri Yahyah dan singgah selamat ke dakapan Foster.

Indra turut mencuba nasibnya dari sayap kiri apabila meluru masuk namun sekali lagi lewat melepaskan percubaan sehingga berjaya dihalang benteng United empat minit sebelum rehat.

United memperlahankan tempo pada babak kedua dengan Ferguson mengeluarkan Owen dan Macheda digantikan dengan Berbatov serta Rooney, namun rombakan itu gagal menembusi benteng kebal negara. Menyedari keadaan itu, Rajagobal terpaksa mengorbankan Amri Yahyah dan memasukkan Badrol Bakhtiar bagi mengukuhkan benteng pertahanan. Kemasukan Norshahrul Idlan Talaha menggantikan Zaquan Adha pada permulaan babak kedua, akhirnya memaksa Foster melayangkan badan menepis rembatan silang pemain gantian itu seminit sebelum tamat untuk menafikan gol sagu hati buat barisan muda Malaysia yang mempamerkan aksi boleh dipuji dalam dua perlawanan.

HIDUP MARADONA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: