KENYAN RUNNER: TELAH KU KATAKAN

KENAPA GENTAR ANCAMAN PELARI KENYA

E MICHIGAN CHEBOIYWO(KOSMO, 28 Julai 2009)        SATU pihak mengatakan kehadiran atlet luar telah menjejaskan mutu sukan maraton negara. Sejauh mana dakwaan tersebut atau ia hanya satu alasan? Sedangkan di satu pihak lain melihat situasi itu sebagai satu peluang untuk menguji keupayaan atlet tempatan.

Apa yang pasti, senario ini sering kali diperdebatkan oleh pencinta sukan olahraga yang masing-masing tampil dengan hujah berasas demi kepentingan sukan negara. Bagi mereka, penyelesaian perlu dicari demi masa depan sukan maraton negara, iaitu acara sukan yang kini dimonopoli atlet luar terutama dari Kenya.

Sejak bertahun lamanya, jurulatih maraton negara, P. Sidamparam melihat situasi itu sebagai ‘duri dalam daging’ kepada perkembangan sukan maraton. Sidamparam menganggap kehadiran atlet-atlet dari Kenya itu bukan sahaja menutup peluang atlet tempatan untuk bergelar juara, malah turut merencatkan usaha pembangunan sukan maraton negara.

“Saya begitu sedih melihat nasib atlet kita. Mereka bersaing untuk mencari kemenangan dalam mana-mana perlumbaan maraton bagi meningkatkan motivasi diri untuk mencapai kejayaan. “Tetapi kesudahannya, apa yang kita lihat hari ini adalah penguasaan atlet luar khususnya dari Kenya,” jelas Sidamparam kepada Kosmo! baru-baru ini. Untuk rekod, beberapa kejohanan tempatan yang dianjurkan sepanjang bulan ini menyaksikan penguasaan atlet-atlet Kenya.

Antaranya ialah Kejohanan Larian Antarabangsa Ipoh (IIR) edisi ke-19 di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 5 Julai lalu yang menyaksikan tiga kedudukan teratas menjadi milik atlet Kenya.

Situasi sama turut berlaku pada Larian Hari Olimpik McDonald’s edisi keenam pada 12 Julai lalu. Dalam saingan sejauh tujuh kilometer yang berlangsung di Dataran Merdeka itu, kedudukan lima tempat teratas bagi kategori terbuka lelaki dan terbuka wanita dikuasai oleh peserta dari negara Afrika itu.

Begitupun, dari sudut lain, Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim tampil dengan hujah berbeza. Menurut Karim, atlet tempatan sepatutnya tidak meletakkan diri mereka sebagai ‘jaguh kampung’ yang hanya berani bersaing dengan atlet tempatan.

“Secara peribadi, saya melihat isu ini (kehadiran atlet luar) adalah sesuatu yang positif,” jelas Karim.”Kalau mereka (atlet tempatan) benar-benar jujur untuk bersaing, maka mereka tidak boleh jadikan isu ini sebagai alasan.

“Malah, mereka perlu jadikan peluang ini sebagai medan untuk menguji kehebatan kerana bukan mudah untuk bersaing dengan atlet-atlet luar.”

Pada masa yang sama, Karim juga tidak segan-segan melabel sesetengah atlet tempatan sebagai ‘pengecut’ dan ‘jaguh kampung’ jika mereka tidak berani menyahut cabaran tersebut.

“Jangan cari alasan kerana pihak kami tidak boleh menyekat kehadiran atlet luar untuk bersaing.

“Sepatutnya, atlet kita yang lahir, membesar dan serasi dengan kehidupan di sini sedia menyahut cabaran daripada lawan mereka pada setiap masa. Bukannya dengan mencari alasan.” tambahnya.

Begitupun, Karim tetap memandang serius setiap penganjuran yang dijalankan persatuan negeri mahupun oleh badan-badan korporat.

“Pihak KOAM sebenarnya agak bingung kerana ada penganjuran peringkat antarabangsa yang dijalankan di negara ini tidak melalui kami sebagai badan sukan utama,” jelasnya.

“Jadi, bagaimana mereka boleh mendapat permit untuk menganjurkannya. Mungkin inilah antara punca kehadiran ramai atlet luar dan kehadiran mereka ini tidak melalui badan sukan masing-masing.”

Jika dilihat dari sudut yang lebih positif, kehadiran jaguh luar ini boleh membawa kebaikan kepada atlet tempatan. Selain mempromosikan sektor pelancongan, atlet tempatan akan berpeluang untuk bersaing dengan mereka. Cuma masalahnya, atlet negara berasa peluang mereka untuk menang sangat terhad.

Tetapi jika jaguh negara ini mahu menyekat penguasaan atlet luar, maka mereka perlu bekerja keras untuk meningkatkan prestasi. Pada masa yang sama, mereka perlu mempergunakan sepenuhnya kehadiran atlet luar khsususnya dari Kenya ini untuk berkongsi pengalaman.

Atlet tempatan jangan melihat kehadiran jaguh dari Kenya ini sebagai halangan, sebaliknya pergunakan kepakaran mereka untuk mempelajari teknik-teknik untuk meningkat prestasi. Jika atlet negara khususnya dalam acara maraton memiliki kemampuan, mereka tidak akan gentar dengan kehadiran jaguh dari Kenya ini.

Perkara ni lama telah kukatakan pada kengkawan sepelarian supaya menjadikan  Mamat Kenya ni sebagai simulasi. Wahai runner kita berkongsi dan berlatihlah dengan mereka supaya nanti leh gi jauh sehingga ke taraf Antarabangsa. Jangan takut traininglah melawan si Kenyan tu sehingga ketitisan darah terakhir demi mengibar bendera Malaysia di podium Antarabangsa. Sebenarnya yang banyak datang kemari tu chap ayam aje…hidup pun susah. Abis camne standard cam ayam pun kau orang kena sayor. Kepada KOAM misalnya, kurangkan politiking serap dan kembangkan kan acara ini dengan bermula dari  peringkat kanak-kanak lagi supaya hasilnya boleh dituai 10-15 tahun lagi. Bayar elaun kepada Kenyan ni melatih bebudak di peringkat sekolah supaya rebung itu senang dilentur untuk menjadi buluh. Come on bro, no short cut.

One Response to “KENYAN RUNNER: TELAH KU KATAKAN”

  1. zulhassan Says:

    ‘pengecut’ dan ‘jaguh kampung’ –> setuju sangat.

    Pengajur pun patut sangat buat dua kategori hadiah. Local dan Antarabangsa kalau nak bagi orang Malaysia syok sendiri. Kami dari acara triathlan berbeza sebab kami akan lebih bangga kalau acara tu ada ramai top-top dan power-power(kami tu, akulah org lain tak tahu pula).

    Dalam Ironman kalau boleh biar top 100 dunia datang ke Langkawi tu kalau boleh, lagi best.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: