DIARI HARI INI

durian.Tanpa diduga, malam tadi penjual durian melelong duriannya dengan harga rm5 selonggok kepada ku kerana mereka nak balik – yang tinggal “last bus” harus dilangsaikan. Sebelum kubeli aku bertanya samada ok ke tak ok lantas dia menjawab ok no hal punya. Hatiku gumbira dapat selonggok  lebih kurang 8 biji untuk dibawa pulang. Sesampainya di rumah terus ku kopek satu persatu sehingga tangan ku luka terkena duri durian. Kualiti buah tidak menghampakan dan aku sekeluarga telah memakannya dan selebihnya ku suruh isteri membuat kuah durian untuk dimakan bersama pulut untuk sarapan pagi esok. Maka setelah dimasak ku lihat banyak sangat lantas ku bawa kepejabat untuk dipahalakan kepada kawan-kawan. Mereka yang sudi menjamah pulut serta kuah durian hari ini ialah Kama, Malek, Supramani, Sdin, Kam serta Bibah dan yang lain-lain tidak ku pelawa kerana takut tak cukup. Keenakannya kuah dan pulut ini membuatkan mereka makan sehingga menjilat jari dan memberi markah A terhadap kuah tersebut. Artwork logo persidangan yang ku buat hari ni dah terkena kuah durian lantas tak mengapa sebab ku boleh print satu lagi. Pada kul 12.30 Dr. Mai mengajak lunch bersamanya tapi ku tolak kerana hendak menjemput anak sekolah dan harus berjumaat. Sedikit mengembirakan Yayah mendapat 94 % markah ujian matematiknya dan Sains hanya 82% sahaja.  Sembahyang Jumaat di Surau Akademi Pengajian Islam dengan jemaahnya melimpah sampai ke Bangunan Sebelah dan dengan spare sejadah yang kubawa terusa ku bentang sahaja di mana tempat yang kosong. Tempatnya di koridor bangunan. Pertembungan tiupan angin dan aircon dari dalam bangunan membuatkan ku rasa sungguh segar dan nyaman sekali tapi sayang speaker surau tak berapa jelas, minggu lepas langsung tak dengar. Kenapa la jadi begitu, alert la sikit wahai orang di sana yang empunya tempat. Khutbah tu wajib didengar dan kalau speaker kantoi camne jang oii. Woit pengarah API arahkan lah juruteknik tuan letakkan portable speaker satu kat luar surau tu, apa salahnya – benda tu kan ade cum nak angkat dan pasangkan aje….kalau tak ade orang nak angkat lu panggil la student ke….bleh gak dia org dapat pahala sikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: