CIKGU MALIKA BAGI TOSEI & IDLY

Tiba-tiba tepon rumah berdering dan terus gangang diangkat oleh Aina dan orang disana ialah Cikgu Malika (guru sekolah sama tempat isteri saya). Cik Malika keturunan India, guru matematik, umurnya 45 th dan tinggal bersama ibunya yang berumur 72 th.  Percakapan dengan isteri saya ni berbunyi begini – datanglah umah saya sekarang sebab nak bagi tosei n idly panas-panas lagi. Jadinya ku teman kan isteri menyambut pelawaannya memandangkan dia sangat ikhlas untuk bersedakah pada hari ni.  Bila sampai ibunya sendiri menuang tosei kedalam kuali seterusnya memasukkan kedalam tupperware sebanyak 10 keping. Idli dia bagi juga 10 keping, memang cukup untuk  kami  makan anak-beranak. Disamping itu dia juga meberi sebotol lebah madu tualang – baik sungguh si Malika ni. Semasa flying Leomenunggu isteri di halaman umahnya terdapat beberpaa pohon pokok dgn burung berterbangan di atas dedahannya lalu ku memerhati burung-burung tu dgn asyiknya, sungguh flexible mengembangkan kepaknya meluncur di udara – kalau unbalance dia kibarkan lagi then meluncur terbang hinggap kemana yang disukai. Semasa zaman pembaharuan era renaissance di Eropah dulu ramai juga saintis meniru gaya burung untuk menerbangkan manusia tetapi banyak yang menjunam kelaut atau atas tebing tinggi termasuklan Leornado da Vinci. Ehh eh apasal cite burung lak ni, tu wa punya suka la.

Bila pulang, kurasa makanaan ni  memang lazat dan tiada bandingan ditempat-tempat lain. Harmoni sungguh masyarakat M’sia, tak lama lagi kan suruh pula dia dtg kerumah ku utk mengambil masakan melayu lak. Semoga burung yang kuperhatikan tadi akan terbang ke umah ku supaya dapat diperhatikan pula oleh Cikgu Malika.

DSCN6960

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: