OUTING TUGU NEGARA

23

46

Pada Ahad lalu, 2 Ogos 2009 aku bersama Mai telah gi ke Tugu ni dan aku sempat outing fotography di kawasan Tugu bersamanya. Kebetulan lak aku pun dah lama tak outing photo, jadi dengan gumbiranya dengan menaiki Tiaraku  maka sampailah aku pada 4.30 ptg dan cuaca ok, cuma awan tak berapa brilliant bentuk dan coraknya kerana mungkin hari mau hampir ptg dan sedikit ganguan dari jerubu. Pelancong dari Eropah ramai sungguh ari tu tapi sayang semua old timer lantas ku tanya si Mai, mana pegi yang cun dan muda lalu dia menjawab – yang muda semua sebok make money. Namun begitu ku tetap gembira merakam beberapa sudut yang  kalau dipublish kira ok la. Tapi ni hakcipta terpelihara, sesiapa yang nak mengguna pakai mesti minta kebenaran dulu. Diimbas dari sejarahnya, Tugu ni adalah simbol bagi mengenang perajurit yang gugur ketika mempertahankan iwojimaNegara semasa darurat sekitar tahun 1942-1960. Telah dibina pada Januari 1963 dengan asasnya dari batu zamrud pejal yang diimpot dari sweden berbentuk bujur 30 kaki panjang, 96 kaki lebar dan 11 41/2 inci tinggi. Idea pembinaan diusulkan oleh Tunku Abdul Rahman Putera pada tahun 1960 setelah beliau melawat Tugu Perang Iwojima di muziumAS. Apala Tungku ni gi ciplak patung had Iwojima ni, kalau buat guna kraeativiti dari rakyat tempatan mungkin Tugu ni felix-benmesti lagi umphh – aku suka yang originality. Tengok macam mural Muzium Negara, kan best. Patung tugu telah direka oleh pengukir terkenal dari AS, Felix de Weldon yang mana acuan gangsanya dibuat di Itali.

Sejarah hitam pada 26 Ogos 1975 pasti tidak boleh dilupakan apabila Komunis bertindak mengebom Tugu Negara ini. Kesian patung yang tak bernyawa ni dibom dan terguris hati si Felix yang mengukir tugu ni mendengarnya. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).

Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, KL. Ia kini telah dipulihkan pada keadaan asal. (lihat imej grafik dibawah) Di lain halaman nanti kan ku story lak bagaimana Iwo Jima Memorial dibuat.

tugu jatuh 4


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: