MINUM TEH BERSAMA “MONA LISA”

monalisaApa istimewanya si Mona Lisa ni sehinggakan ianya tidak boleh dibeli dengan nilai ringgit ke, dollar ke pound ke rupiah ke bath ke….why…why…boleh jadi macam ni. Jawapan nya ialah lukisan hasil kerja seni Leornado da Vinci tu ialah rakaman imej dalam bentuk lukisan ini adalah sebenarnya atau realistiknya menunujukkan pemandangan landskap serta model wanita cantik di Florence, Italy semasa abad ke 15 – itu saje.  Memang tak ade satu pun lukisan yang boleh menandinginya dari segi kesempurnaan sebagai sebuah potret wanita 500 tahun yang lalu. Imej potret berbentuk pyramid menjadikan formnya solid, stand dan kukuh jika dilihat. Keayuan wanita dan pakaian yang dipakainya semasa zaman renaisan dilukis dengan cermat, cekap, jitu dan talent yang luar biasa. Senyum kiri senyum kanan, lirik sana, hidung mancung sebelah kiri, bernyawala –  tu semua adalah hipotesis yang dibuat-buat. Kini ianya  disimpan di Muzium Louvre, Paris. Walupun begitu, terdapat sedikit kecacatan pada lukisan ini yang mana subjek lukisan ini tidak mempunyai bulu kening dan lukisan latar belakang kelihatan sedikit pudar. Meskipun lukisan tersebut sudah dibuat berabad-abad yang lalu, namun orang masih saja ingin menggali lebih dalam (gali..gali..gali..lubang, salleh yaacob) mengenai potret lukisan yang menggambarkan senyum wanita tersebut. Siapa sebenarnya wanita yang tersenyum itu? Adakah jelmaan dari potret Leornado sendiri menukar kpd wanita? Entah la belum abis tesis pakcik ni…..sambung lagi

Seorang pengkaji dari Jerman tak pasal-pasal mengiyakan lak pandangan ku ini tetapi menambah nasi tambah mengatakan Mona Lisa adalah imejan kekasihnya iaitu ibu kesayangannya. Lantak kau la jang oii… Kalau dilihat dari sejarahnya “Mona Lisa” adalah Lisa Gherardini, yang merupakan isteri Francesco del Giocondo, (saudagar kaya raya yang berasal dari Florence, Italia). Saudagar ini telah mengkomisenkan agar isterinya dipotretkan, maklumlah dulu mana ade photo beb –  jadi pelukis lah yang berperanan merekod segala peristiwa ke apa yang berlaku. Lukisan ini juga digelar sebagai “La Gioconda”, yang berarti wanita yang gembira di Itali. Dulu masa kecik umur 10 tahun pernah ku beli poskad lukisan ni tanda admire – tapi keluarga lak kait kan dgn agama kristian lak tak pasal-pasal…lalu ku sorok celah-celah buku.

140px-Leonardo_selfSambung lagi….Leonardo da Vinci mula melukis lukisan ni pada 1503 dan siap selama 4 tahun. Mengapa terlalu lama…tu wa tak tahu – kena tanya atau rujuk kepada Girgio Vassari, kerana mamat ni yang paling pakar dalam hal si Leornado ni. Pada tahun 1516, Leornado membawa karya ini ke France atas jemputan Raja Francois – apa pasal la kau bawa ke sana? Jawapannya si Raja ni menjemput pelukis-pelukis hebat berkarya dekat istananya, Amboise. Memangla dia orang gi kesana, Peranchis kan hebat masa tu. Kira kalau la ni, macam orang Bangla ke Mat Burma 180px-Mona-lisa-through-glassdatang KL lebih kurang camtu la.  Dipendekkan cite, lukisan ni dan 4,000 hasil karya yang lain telah diserahkan kepada Raja Louis XIV dan meletakkanya ditempat yang bernama Château Fontainebleau, kemudian dialih pula dekat Palace of Versailles. Selepas revolusi Peranchis dialih pula ke Louvre. Napoleon I pernah meletakakan karya ni dibiliknya. Itu lah kisahnya…dulu dia orang tak respect pun, tapi tah mengapa pada hujung abad ke 18, ia begitu di kagumi. Why…why? no answer.. Kini lukisan ni telah ditingkatkan tahap keselamatannya dgn berkandang cermin bullet proof dan seramai 6 juta orang datang menatapnya pada setiap tahun. Memangla ramai orang tengok, tengoklah sape pelukisnya – dia ni melukis masa tu masuk hutan cari batu daun buah gi  buat colour sendiri, gali kubur smuggle mayat operate kaji anatominya. Semasa melukis waktu malam, terlampau asyik janggutnya  terbakar kena api pelita dia tak sedar lantas jatuk ke pallete terus dibancuh bersama warna. Ada tak zaman ni orang macam ni…Opp lupa, saiz lukisan ni ialah 77 cm × 53 cm (30 in × 21 in). He…he…bravo, teh aku dah abis…serdak biskut banyak dalam mug ni. aku nak balik…makan bersam keluarga bentang tikar melangok depan tv, berita jam 8.00 – H1N1 tahap serius.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: