ONE MALAYSIA: YASMIN AHMAD

yasmin posterInsan yang terlebih dahulu merealisasikan kisah penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia ialah allahyarhamah Yasmin Ahmad yang kembali kerahmatullah pada 11.25 mlam, 25 Julai 2009 di Hospital Pakar Damansara. Filem-filemnya seperti Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terbaru 1 oneTelentime menggarap tentang aspek sosial di Malaysia dengan begitu berkesan sekali. Aku merasa terharu mendengar kisah tentang penghormatan serta kasih sayangnya kepada ke dua ibu dan bapanya. Filem yang dibuat penuh jujur tu sebagai terapi kpd mereka. Bapa yang sakit menjadi sembuh bila gembira menonton Rabun sementara Ibu pula sembuh sakitnya bila menonton Sepet. Memang benar kata arwah Redza Pyadasa semasa ku bersembang dgnnya pada sekitar tahun 2006,  mengatakan bahawa filem Yasmin akan menjadi penting dalam konteks filem Malaysia di satu masa nanti. Dibawah ni, salah satu sentuhan kreativiti beliau dalam iklan Petronas (Merdeka tahun 1999). Sutradara bersama Tan Yew Leong dari Leo Burnett. Pernah satu ketika ditanya, dalam banyak-banyak iklan yang Saudari buat, yang mana  paling meninggalkan kesan dan best dalam hidup Puan? Jawapannya – iklan tidak mengubah nasib sesiapa, aku sangat bersetuju dengan pandangannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: