KELI GAUL BALIK KAMPUNG

Bagan Serai terletak di Negeri Perak. Tempat yang berhampiran ialah Gunung Semanggol, Alor Pongsu, Parit Buntar, Kuala Kurau dan Kuala Gula. Kedudukan dalam peta pada latitud 5.0166667 Utara dan longitud 100.5333333 Timur. Sape terror subjek ilmu alam sila explain apadia binatang longitud ni. Ketinggian Gunung Semanggol cuma 436 meter dari aras laut. Jalan gi Selama tak keli samballeh lalu kerana banjir sebab tempat tu terlalu rendah dari paras laut lantas menghalang hajat ku nak gi Pasar Jumaat, Sg. Bayor nak cari madu original.

Terdapat 16 buah Masjid di sekitarnya, nama-nama masjid tu tak yah la ku sebutkan kerana wa nak cite pasal makan bukan nak cite pasal masjid. Aku telah pulang ke Kampung isteri (Bagan Serai) pada 28-30 Ogos sempena bulan ramadan dan ingin berkumpul bersama keluarga terutama emak dan abah isteri. 5 hari blog ni dah tak update dan kalau dibiarkan pasti bersawang lah ia, ciri bersawang tu memang ada cuma spider aje belum merangkak masuk. Ok, berbalik kisah tajuk di atas iaitu “keli gaul” atau ayat panjangnya –  ikan keli digaul bersama sambal belacan (no ganja yes belacan). Masakan ringkas ni amat popular dan sedap diantara hidangan lain keluarga isteriku. Cara membuatnya – memula gi tangkap ikan keli kat bendang tu dulu, kalau tak ada bendang – gi cari kat pasar dan lihat kepalanya dulu (kepala panjang keli pelihara, kepala pendek keli bendang). Wa tak leh siang keli kerana geli. Yang habitat atau rest house dari bendang diutamakan kerana isinya lebih lemak dan ngam. Keli Afrika tak best sebab jiwa nya kacau terkurung dalam kanvas atau kolam kecil.

Pas tu panggang si keli tu dan asingkan isi dgn tulang then gaul dgn sambal belacan…siap. Sepanjang tiga kali berbuka puasa di sana banyak lagi hidangan yang sedap-sedap disediakan oleh ibu mertua untuk kami makan seperti masak lemak ikan puyu, gulai kepalagroup ikan siakap & merah, asam pedas ikn terubuk, kuew teow goreng, cucur udang dgn kuah kacang, sambal bebola ikan dgn sotong, ulaman, roti jala, kuah durian, ayam goreng kampung, goreng cempedak, kerabu tauge udang dll minuman serta kuih muih. Pendek kata kalu dinilai keenakannya maybe sekali makan, ikut nilai pasaran mungkin 59.00++. Tambah lagi 11 hinggit boleh utk ke Paya Serai, Hilton PJ. Itulah keistimewaan keluarga isteri saya. Pulang dari berterawikh ibu menggoreng pisang abu untuk dimakan panas-panas sebagai more keluarga. Jangan marahnya bulan posa ni kerap cite pasal makan.

mkn 3 mkn 2 mkn1 mak jah dlm rmh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: