A.RAMLIE (LAMAN NOSTALGIA)

a.ramlieAllahyarham Ramlie bin Ahmad atau nama singkatannya A. Ramlee adalah penyanyi yang aku sukai kerana suaranya asyik, alunan body suara yang sedap dan  aku sangat menyukainya. Berasal dari Singapura dan dilahirkan 1948. Seorang daripada penyanyi pujaan ramai sekitar tahun 1960-an.

Mereka telah mengcelok  judul lagu popular The Beatles, (She Loves You – Yeh, Yeh, Yeh) untuk dijadikan pop yeh..yeh. Alkisah setelah 60 an hilang ditelan arus pop, rock, jazz, disco tiba-tiba pada  pada tahun 1985, di Stadium Negara iaitu seminggu selepas raya puasa, satu kumpulan anak-anak Johor telah membuat satu comeback konsert 60an dgn mendapat sambutan sangat hebat ketika itu, wa pun turut menontonnya. Wa paling suka lagu Oh Fatimah…ada rahsia ni, malas wa cite. salamahKenangan mengusik jiwa pun ok. Kugiran mengiringi beliau  ialah The Zurah pimpinan M.Shariff. Kumpulan semasa muda beliau ialah The Rhythm Boys. Anda kenal Salamah Basiron? (yang mencipta kedua lagu hits ini).

Suara ’emas’ nya telah memikat ribuan penggemar lagu Pop Yeh Yeh dari Singapura, Malaysia, Brunei dan juga Indonesia. Popularitinya begitu menyerlah sehingga majalah Berita Filem tahun 1960-an memberinya gelaran ‘Budak Ajaib’.

maria bachokSebelum menyanyi, Allahyarham A. Ramlie terlebih dahulu sering mengaji Al-Quran. Ayahnya, Ahmad Morsed, dikatakan cukup menjaga tingkah laku anak-anaknya, terutama A. Ramlie. Penglibatan Allahyarham A. Ramlie dengan The Rhythm Boys berpusat di Jalan Ismail. Ketika itu beliau bergiat secara senyap-senyap kerana takut ditentang bapanya.

EP pertamanya mengandungi empat buah lagu – Oh Fatimah, Kenangan Mengusik Jiwa, Ingat Padaku dan Seruanku.

Dalam lebih 3 dekad Allahyarham A. Ramlie telah merakamkan lebih 200 buah lagu dalam 20 album dengan beberapa label. Setelah meninggalkan The Rhythm Boys beliau berpindah ke kugiran The Clans dan The Ramlies yang dipimpin sendiri.

Beliau mempunyai seorang anak perempuan, Mariana, hasil perkahwinan dengan penyanyi seangkatannya Maria Bachok. Pernah memenangi Anugerah Penyanyi Popular Singapura sekitar 1960-an.

Sejak berpisah daripada isterinya, penyanyi Maria Bachok, beliau tinggal di Tampines, Singapura bersama-sama ibu dan adiknya, Suraya. A. Ramlee meninggal pada 9 Mei 1999 (usia 53) tahun di Tampines (S’pore) kerana menghidap penyakit Parkinson. Pada tahun 1995, satu konsert khas (masih ada yang sayang) untuk membantu beliau telah diadakan di Stadium Negara yang telah diusahakan oleh Alahyarham M.Shariff  serta rakan 60 an yang lain. Saksikan persembahan terakhir beliau menyanyikan lagu “hidup bersama” sebelum menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1999. Walaupun uzur beliau tetap mengagahkan diri demi peminat dan penonton yang hadir. Al fatihah lagenda penyanyi pujaan ku ini.

3 Responses to “A.RAMLIE (LAMAN NOSTALGIA)”

  1. Roden Raywa Says:

    Nama anaknya Marliana dan tanggal pemergiaan Arwah A.Ramlie adalah pada hari Rabu 15 Safar 1422H
    bersamaan 9hb Mei 2001. Di kebumikan di
    Blok 22 Plot 1117,Pusara Abadi 2, Lim Chu Kang Singapura .

  2. razalie Says:

    a.ramlie adalah juara pop yeh yeh 1960an dan penyanyi yang paling poplular 60an

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: