GAYONG DI INDERALOKA

Majlis buka puasa bersama Gayong UM telah selamat diadakan pada malam kelmarin di Surau Inderaloka, Apart. Inderaloka (Kediaman Staf Keselamatan UM). Ramai ahli tidak dapat hadir kerana komitmen dgn keluarga serta ramai yang balik kampung. Selalunya Majlis yang dibuat pada hari Sabtu ni kekadang telah ditangkap pot oleh sesetengah ahli.  Walaupun kehadiran yang tidak memberangsangkan, majlis tetap berjalan lancar dgn dimulai buka puasa bersama kuih karipap, anggur, bengkang, kopi serta air oren. Selesai solat magrib hidangan nasi beriani, ayam goreng, daging palembang, acar timun, dalca dan air oren sedia menunggu. Tuan Shariff Pono telah membawa masakan isteri untuk dimakan bersama untuk disantap bersama gang satu hidangan. Selepas tu kami semua menunaikan solat Ishak dan terawikh bersama jemaah yang lain. Majlis berakhir dgn ucapan terima kasih dari Penghulu Surau kerana penglibatan Gayong kpd surau semenjak dari Kampung Awal lagi. Seterusnya ucapan dari Pengerusi Gayong Hj. Hashim Ghani yang menyentuh tentang semangat setikawan dan mengenang jasa-jasa ahli yang telah meninggalkan kita. Beliau juga turut menyentuh tentang survival bangsa serta berdepan dgn kemungkinan yang sedia menanti – mengharap ahli-ahli turun berlatih supaya lebih tangkas dan sihat. More pada malam itu ialah bubur cha cha dan kuih serta kopi.

DSCN7264 DSCN7266

DSCN7267 DSCN7269

DSCN7270 DSCN7278

DSCN7279 DSCN7283

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: