BICARA GRAFIK (CAR RAYA CARD)

kad ayamPetang semalam telah ku reka sekeping kad hari raya untuk ku publish di dalam blog CAR. Gabungan potret 60 members digabungkan membentuk satu form yang unity disamping pengunaan warna jingga. Sukacita ku menerangkan apakah dia Graphic Design itu. Ianya adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos” bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Bentuk atau hasilan adalah seperti logo, bunting, banner, cover, poster, call card, letter head, backdrop, mock book, signage dll. Apa jua yang dihasilkan melalui hukum yang disebut itu dgn menggunakan soft copy atau hard copy akan dipanggil sentuhan grafik design.

Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) demi menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Rekabentuk Visual pula ialah sesuatu yang boleh diperhatikan bersama alat komunikasi yang lebih konkrit/baik berbanding komunikasi verbal. Dalam P&P penggunaan bahan visual sangat penting. Namun keberkesanan visual bergantung kepada reka bentuk dan kualiti visual itu sendiri. Ciri-ciri visual yang baik ialah ianya mudah dan jelas, mesej dapat ditafsir, mendorong interaksi yang aktif dan boleh membantu memfokuskan perhatian khalayak. Semua pelajar atau mereka yang berminat dalam industri grafik ini semestinya memahami konsep asas reka atau elemen & principle design terlebih dahulu. Penekanan kepada asas reka ini penting demi  membantu my photo 84pereka grafik mempunyai base yang kukuh untuk mendalami industri ini dgn lebih profesional. Dalam era IT yang membara sekarang, semua orang secara tidak sengaja telah menjadi pereka grafik dengan sentuhan design membuat komposisi blog, header, suntingan gambar, tangkap gambar susunan type dan pemilihan warna di dalam ALOR SETAR PHOTOblog atau web page masing-masing. Gambar hitam putih ini semasa wa muda belia nyot nyet ditangkap oleh Sdr. Samad Hassan pada tahun 1984. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA EN. SAMAD HASSAN DAN SEMUA. JASA MU KU KENANG MEMBERI TUNJUK AJAR SEMASA KU MULA BERJINAK DALAM BIDANG SENIFOTO. Gambar Samad kanan sekali berjambang serta berbaju putih, empat dari kanan ialah allahyarham Prof. Norazit Selat, berbaju batik ditengah ialah Prof Wan Kadir. ( Alor Star 1986)

2 Responses to “BICARA GRAFIK (CAR RAYA CARD)”

  1. zulhassan Says:

    selamat hari raya tok ketua reban. Berhati-hati kalau memandu.

  2. dENtdENto Says:

    gambar 80-an tu best

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: