RAYA YANG KE 43

My photo rayeGambar diambil oleh anak saya Aina dgn h/set di lokasi the garden shopping centre sempena malam raya yang ke 43  ini.  Semenjak dilahirkan ke dunia ni sebanyak 43 kali diizinkan tuhan ku meraikan lebaran yang mulia ini. Semasa bujang lain berkeluarga lain – macam-macam ada.  Selama 22 tahun bersama Ibu dan Bapa (Ibu yang dikasehi meninggal pada tahun 1987) dan 41 tahun bersama Bapa tercinta (Abah meninggal pada 2007). Tujuan ke sana adalah untuk membeli kasut puteri ku ini selain ronda melihat kelibat manusia yang ramai berpusu-pusu membeli belah disaat akhir. Cun dan harmoni sungguh masyarakat Malaysia dengan  semua bangsa turut merasai suasana ini. Jualan murah di Mid Valley dengan potongan terlampau hingga 60% menyebabkan mereka yang tak balik kampung atau yang tinggal disekitar Lembah Klang tidak mahu lepas peluang. Hiasan prop raya di situ tidak boleh ditandingi oleh mana-mana gedung yang lain. Pagi tadi telah ku redah pasar old town bersama isteri untuk persiapan juadah raya. Daging batang pinang 2 kilo, ayam kampung 2 ekor saiz beso, dodol 1/2 kilo, dan lain-lain benda yang patut dibeli. Photo_0279Banyak sungguh orang dok beli kelapa sampai beratur macam nak tgok concert Inul. Kelapa datang dari Bagan Datuk satu lori penuh dan 2 jam selesai di beli oleh orang ramai. Kelapa begitu sinonim dengan Melayu – kalu tak ada kelapa pening kapla semua keje tak jadi. Sempena raya ni, ni pantun yang di forward oleh kengkawan untuk tatapan juga kengkawan.

Ke Seremban ke Jolobu
Singgah Jempol dekat Gomonceh
Raya nanti memeluk ibu
Tanda kasih anak yang soleh

Kuala Klawang ayam mengawan
Singgah di Nuri lalu ke Seperi
Girangnya hati besua kengkawan
Salam diberi senyum berseri

Dari Pilah lari ke Mambau
Tanggal kasut mintak angpau
Beri angpau jangan melampau
Fulus abis melopong eekau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: