TEMPAT SMASH LAGIKAN DIKENANG

Sejarah mengatakan bahawa perkataan “Bagan” itu adalah merujuk kepada tempat pendaratan atau perhentian kepada sebarang aktiviti pemugahan atau jual beli barangan yang juga dikenali sebagai jeti. “Serai” ialah sejenis tumbuhan herba yang menjadi ramuan utama di dalam masakan Melayu. Gabungan kedua-dua nama tersebut wujudnya Bagan Serai. racketJalan Market lama terdapat sebuah anak sungai dimana tongkang akan mudik dan barangan terus dijual di market tersebut. Demi mengelak kesesakan tegar kini market tersebut telah pun dipindahkan ke Jln Raja Syed Tauphy. Di sebelah atas pasar ini ada dewan serba guna yang terdapat 4 court badminton. Pada Raya ke 4 yang lalu, aku bersama Bakhtiar, Luqman dan Fithri telah belasah main badminton di situ. Ada dua ahli lagi tak dapat bersama iaitu Naim yang sedang belajar di UK dan Saifuddin dah pulang awal dari Kampung menuju kampung Isteri. Aku telah main 2 set single dan 4 set double, furghhh abis terbakar lemak rendang, serunding dan dinding kemaruk dah lama tak main. Tempat ini ok dan sesiapa jln marketsaja warga Bagan Serai boleh menggunakannya. Sesiapa yang ingin bermain, silalah booking terlebih dahulu di pejabat majlis daerah Bgn Serai (Tepon no: 05 7212293 Pej atau 012 5792521 En. Nordin) Kalu tak tau tanya kat orang market tu. Dulu cukup susah nak main badminton di Bgn Serai ni, sekarang dah senang dengan adanya court tersebut. Mengimbau kenangan lama kami pernah main di Court Tokong Cina yang tinggi silingnya hanya15 kaki sahaja. Bayangkan pukul bola tinggi terus kena siling. Bapa mertua tak berapa suka kami bermain di tempat tu. Lihat gambar.

bgn serai 1Di tengah tengah ni lah tempat kami bermain badminton…hu hu hu tak cool langsung bau colok pulak tu tetapi disebabkan tak ada tempat lain kita orang belasah jugak. 15 tahun yang lalu, lokasi berhampiran Jalan Market Lama. Sewa rm1.50 sejam.

bgn serai 2Ada satu dewan lagi berhampiran dgn tempat di atas tapi yang ini canggih sikit sebab dia full covered tapi awas anjing banyak dan bau colok tetap menggangu kosentrasi. Peristiwa 10-15 tahun yang lalu. Kadar sewa rm3.00 sejam

market baruIni tempat yang paling digalakan dibuat oleh kerajaan, kadar sewa rm5.00 sejam dan ada 4 court di atasnya – yang bestnya di bawahnya ada market besar. Dilarang keras membawa sayuran, ikan dan daging ke atasnya. Peristiwa pada 23 Sept. 2009 (hari raya ke 4)

CANTIK TAK PEMANDANGAN SAWAH BAGAN SERAI (Gambar yang ku tangkap pada 24 Sept 2009 pada jam 3 petang)

sawah

sawah 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: