KLIA HANTAR FITHRI

klia groupSemalam aku pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menemani keluarga isteri menghantar adiknya pulang belajar semula ke UK. Mata ku melilau heran serta kagum memandang keunikan senibina dan keluasan airport ni yang mana nilainya RM 9 billion. Dari sudut sejarahnya KLIA telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Ja’afar pada 27hb Jun 1998. Seramai 25 juta penumpang dan 650 000 tan kargo datng dan pergi serta sesi pemunggahan dalam setahun. Mungkin pada 2020, angaran jumlah penumpang akan meningkat ke 60 juta dan urusan kargo klia 1kepada 1.2 juta tan setahun. Meke yang pergi seketika hiba menghantar, yang kembali gembira menyambut. Ada yang gi sinkat aje dan ade juga yang gi lama bertahun-tahun, macam-macam ade. Ade juga yang merajuk membawa diri tak kembali lagi. Berkasih di sini putus kasih di sana pun ada. KLIA mempunyai 2 landasan dan mempunyai 106 tempat pemakiran berbanding dengan satu landasan sahaja di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (dikenali juga sebagai Lapangan Terbang Subang) yang hanya mempunyai 44 tempat pemakiran. Jasa mantan Tun Mahatdir Mohamed merealisasikan airport ni amat disanjung tinggi. Berapa kali agaknya kengkawan naik pesawat mengguna air port ni agaknya? Wa hanya dua kali hu hu hu, nanti wa pencen jadi lelaki global baru tauu…takut jemu pulak.

Perkhidmatan lalulintas udara di KLIA beroperasi sepenuhnya dengan perpindahan pesawat Malaysia Airlines dari Subang ke KLIA pada malam 29hb Jun. 1998 Pada hari berikutnya, jam 7.20 pagi, penerbangan pertama berlepas ke Langkawi iaitu MH1432 klia 2yang membawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad. Manakala penerbangan antarabangsa yang pertama pula ialah MH84 berlepas ke Beijing pada jam 9 pagi. Bagi pendaratan pesawat domestik yang pertama ialah MH1263 dari Kuantan pada jam 7.10 pagi dan pendaratan pesawat antarabangsa yang pertama pula ialah MH188 dari Maldives pada jam 7.30 pagi.

Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Ling Liong Sik secara rasminya telah melancarkan pembukaan landasan kedua pada 8hb Oktober 1998. KLIA seterusnya memberi perkhidmatan pendaratan dan perlepasan pesawat berterusan dengan pembukaan landasan yang kedua ini. Wa celok fakta ni  dari dca info – hu hu jgn marah ya.

Sebelum beroperasinya landasan yang kedua, KLIA hanya mampu mengendalikan antara 30 ke 35 pergerakkan pesawat sejam. Kini, sehingga 50 pergerakkan pesawat dapat dikendalikan dengan beroperasinya ‘mode segregated’, iaitu satu landasan untuk mendarat dan satu lagi untuk berlepas. JM berianiOperasi ‘Mix Mode’ pula, ialah operasi di mana kedua-dua landasan boleh mengendalikan sehingga 60 pergerakkan pesawat sejam. Kedua-dua landasan tersebut adalah sepanjang 4000 meter dan 60 meter lebar yang boleh menampung kesemua jenis pesawat untuk berlepas ataupun mendarat. Walaupun citenya begitu, KLIA masih belum dapat menandingi kehebatan Hong Kong International, Seoul Incheon atau pun S’pore Changi. Juga belum dapt apa-apa award dari Skytrax (Airline and Airport reviews). Cite lama parking kete tak jumpa berulang lagi – jadi wa tersasul la mencari mana lak kete ni. Pulang dari KLIA Ahmad Luqman (abang kpd  Fithri) telah sponsor GM Beriani di TTDI untuk semua keluarga malam tu, amboi sedapnya beriani daging sehingga menjilat jari. Minuman bandung campur soda ala Johor menambah kelazatan makan malam kami itu. Mekasih pada Man semoga murahlah rezekinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: