RAMBUTAN MIZUNO, 1225 NB

my rambutanApasal lak tajuk rambutan mizuno, ape kena mengena dgn rambutan ni ? Wa jawab: kerana ari ni wa bawak rambutan yang wa petik dari kampung semalam. Itu rambutan kasi rasuah halal sama CAR member supaya dgn harapan atau rambutan 3bukan harapan mereka akan lebih gigih berlatih dan boleh membina satu dinamika keluarga berteraskan “run for health” dan ceria, ketawa berdekah2, senyum meleret sampai ke telinga bersama one CAR, one M’sia.

Ok, laluan nya yang berbukit2 itu maka digelar mizuno wave run. Acara tahunan ini dianjurkan oleh Pacesetter  Running Club dgn dibiayai oleh Mizuno (produk pengeluar barangan sukan terbesar di dunia). Suka wa cite sikit tentang Mizuno ni:  sejarah sukan olimpik bermula di Athens, Greece pada 1896 itu telah dimonopoli Negara Eropah dan mizuno 2Amerika sahaja yang mana mereka juga turut mendominasi pengeluaran utama barangan sukan. Justeru itu, selepas empayar Meiji (1868), setelah Japan join untuk pertama kali di sukan olimpik moden edisi ke lima pada tahun 1912 maka tibalah satu usaha dibuat untuk industri  barangan sukan keluran Japan. Rihachi Mizuno dan adiknya Rizo adalah duta produk sukan Japan apabila mengasaskan Mizuno Brothers Ltd. di Osaka pada 1906. mizuno pictMizuno brothers Ltd telah menjadi peneraju utama pengeluara barangan sukan yang amat bermutu tinggi sehingga lah sekarang. Selama 100 tahun melintasi waktu peperangan dan aman, Mizuno berkembang maju  dan tidak heranlah mereka boleh sponsor event promosi seperti acara hari ini. Gitulah serba sedikit yang wa tahu setelah wa celok dlm wikpedia dan mizuno history tentang asal-usul Mizuno ni, tak yah nak cite panjang2. Hari ni, lokasi UPM, lebih kurang 5 ribu manusia telah dtg join race ini dgn cuaca yg ok dan route yang indah. Peserta yang jaguh, elit, taraf biasa, sekadar eksesais, sengaja nak seronok dan segala punca semua ada. Mereka datang dari jauh hanya sekadar untuk join race ni, salute pada mereka yang berkorban untuk join larian ini.

medal mizunoBersama pengasas CAR, Hailmi wa sampai kul 6.40 dan parking di kaw. bawah pokok sebelah Stadium.  Larian wa bermula di kelompok belakang dgn starting yang sesak dan cram. Jadinya wa folo je ribuan rambutanmanusia yang bersasak tu dgn berhati2 supaya kaki tak berbelit dgn kengkawan yang lain. Kalu terbelit, tersungkur jatuh sendiri tanggung, hu hu hu. Pemandangan runner menuruni bukit dgn pakain vest hijau mizuno amat artistik dengan background kampus UPM saujana mata memandang. Purghh tangkap feel tapi sayang tak dpt snap coz tak bawa kamera. Kalu run tadi sambil ambik gambo, sah lah no medal. Pace 5k pertama ok tapi masuk ke jarak 7k, wa punya body sudah mula lemau dan untuk mengelak jadi derita heart rate melangkau 150 ppm wa slow kan pace menjadi 6m per km. Bila sampai km terakhir 2 bukit mencanak menanti sempat wa menyapa runner yang memakai kasut sama macam wa NB1225 – Its ok ka? Then dia kata mavellous, wa setuju dan merasa bahawa kasut ni adalah yang terbaik pernah wa tangkap. Kepada members all the best, sporting, cun, mancho dan berjumpa lagi di lain perlumbaan, wasalam. Ada sorang pakai kasut brand sama, running doctor (car 30), wa pun tak pernah sembang dgnnya…hu hu hu…lain kali jom sembang dan mudahan akan kantoi ke garisan penamat akibat terlebih sembang dari run.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: