KENAPA KU MELUKIS KEKADANG BERLARI?

run lady runSketching ku paling terbaru dan sudah pun ku publish dalam FB supaya gang2 yang minat dan fanatik dalam bidang run boleh kongsi bersama. Just ambik masa 40 minit bila ku dlm mood baik, kalau mood tarak seminggu lum tentu siap agaknya. Aku seronok bila  melukis. Berlari, bersiar, melawat, makan angin, berjumpa, menempoh banyak ragam kehidupan yang sedih/suka lantas ku luahkan perasaan dan pengalaman itu di dalam sebuah karya. Apa pun sebab ku melukis lebih menjurus kepada terapi supaya memenuh masa lapang serta menghibur diri sendiri. Zaman berubah dari konvensional berganti moden dan telah membawa kita bersawangan dlm dunia IT.  Amat senang untuk show karya kpd public melalui screen deskstop memasing. Tiada siapa pun boleh menghalangnya, tak perlu ke galeri – hanya galeri maya sahaja. Apa pun reason nya alkisah diriwayatkan oleh para pengkaji seni visual, melukis ni asalnya adalah  bergantung kepada empat teori berikut iaitu:

Teori Mimetik ialah pelukis melukis bagi tujuan merekod dan merakam dalam bentuk realism sama seperti penghasilan imej sebuah kamera. Banyak lukisan-lukisan jenis ini yang dihasilkan pada silam memberi manfaat kepada manusia masa kini. Tanpa lukisan-lukisan lama yang masih tersimpan pada masa kini manusia sekarang tidak dapat menilai persekitaran generasi mereka pada masa dahulu.

Teori Pragmatik ialah manusia melukis kerana bertujuan mengkritik pihak lain atau mengkritik masyarakat. Maksud mengritik ialah menyindir, menyinis, menghentam dan sebagainya. Selain dari penulis, pelukis juga mampu menyatakan sesuatu perasaan tidak puas hatinya terhadap pihak lain atau masyarakat keleliling melalui karyanya. Teori ini sebenarnya menyangkal dakwaan kononnya setengah pelukis suka berkhayal dan membuang masa.

Teori Ekspresif pula lebih beroriantasikan pelukis di mana pengkarya melukis bertujuan semata-mata untuk melepaskan perasaannya. Dalam hal ini dia tidak memikirkan hal orang lain. Antara contoh pelukis yang pernah melukis berlandaskan teori ini ialah Publo Piccaso. Selain sebagai artis Piccaso dikatakan juga seorang kaki perempuan. Apabila beliau tidak puas hati atau marah terhadap kekasihnya Piccaso dikatakan suka melepaskan perasaannya di atas kanvas dengan melukis imej kekasihnya dengan penuh lucah dan hodoh. Picccaso dikatakan pernah melukis 85 keping lukisan wanita dalam keadaan sangat lucah dalam masa seminggu. Tidak ada apa-apa tujuan dia melukis picassolukisan-lukisan itu selain semata-mata untuk melepaskan geramnya terhadap kekasihnya. Sila rujuk salah satu lukisannya yang bertajuk Nude on The Cushion. Mengikut teori ini perasaan yang dilepaskan bukan semata-mata perasaan marah atau geram seperti Piccaso tadi. Ia boleh juga berbentuk perasaan melankoli, rindu, gembira sedih, sayu, dan sebagainya. Atau kita mungkin ingin menceritakan sesuatu mengenai sesuatu mengikut cara kita sendiri.

Teori Objektif
ialah  pelukis yang melukis untuk menikmati keindahan lukisan itu semata-mata. Teori ini juga lebih berorientasikan pelukis itu sendiri. Monet tergolong sebagai artis yang gemar aliran impressionisme. Lanskap adalah sebahagianClaude-Monet-The-Poppy-Field-15507 subjek lukisannya. Tetapi lanskapnya bukan seratus peratus realistik. Kerana beliau terlalu impress dengan apa dilihat di sekelingnya menjadikan beliau suka melukis subjek-subjeknya lebih indah dari keadaan sebenarnya. Sila rujuk lukisannya Poppy Field. Lukisan ini bukan dilukis bagi tujuan merekod ladang popi tetapi Monet sangat tertarik dengan keindahan bunga popi yang kemerahan dan segar. Pada rabu lepas aku berlari dalam sebuah kumpulan dalam gelap gulita lantas terilhamlah lukisan di atas. Memang ku suka run di dalam pekat malam dan hujan.

*rujukan:  Siti Nuridayah (blogs.myspace.com/sakure294)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: