BACALAH DOA INI JIKA TIADA TUKANG BACA DOA

Tiada Ustaz, tiada Imam – Kalau sdr/sdri diminta untuk membaca doa di majlis yang formal atau informal, bacalah sahaja doa ini…

Ya Allah ya Rahman ya Rahim. Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengesihani. Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Segala puji-pujian hanya bagimu ya Allah. selawat dan salam keatas penghulu junjungan baginda rasulullah. Dengan penuh ketakkulan kami bermunajat memanjatkan kesyukuran diatas limpahan nikmatmu yang membolehkan kami berhimpun dan menghadiri majlis makan malam anjuran ……….. pada malam ini. Di malam Yang penuh kerahmatan ini kami bermohon agar majlis ini beroleh keberkatan dari awal hingga akhimya.

Allahumma ya Qadial hajat waya ra fiat darajat

Sesungguhnya ya Allah engkau mengetahui apa yang kami hajati dalam majlis ini, maka iratkanlah hubungan ukhuah diantara kami. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk mengujudkan budya dan persekitaran yang selamat secara berterusan, satukanlah hati-hati kami kearah kebaikan dan kecemerlangan, berikanlah kami peluang untuk bekerjasama dalam palbagai bidaing demi memajukan agama, masyarakat,bangsa dan negara yang kita cintai.

Ya Allah Ya ghaffar ya Aziz,

Anugerahkanlah kami nikmat secukup-cukupnya, kesihatan selama-lamanya, rahmat selengkap-lengkapnya, aafiat sejaya-jayanya, rezeki semewah­-mewahnya, umur setua-tuanya, ihsan sepenuh-penuhnya. Lindungilah kami ya allah didunia ini daripada punca-punca pendorong keseselan dihari kemudian, ringankanlah kami daripada bebenan dosa sebaliknya hidupkanlah kami sebagai hidup orang yang berjasa.,disamping mengelak daripada bencana orang yang durjana.

Ya Allah ya fatah ya alim,

Jadikanlah perhimpunan kami dimajlis malam ini sebagai perhimpunan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepas ini nanti sebagai perpisahan yang terpelihara. Janganlah tuhan kami jadikan sekelian yang ada dalam kalangan kami ini sekelian yang beserta kami dan sekelian yang mengikut kami akan mendapat kecelakaan Dan dipencilkan atau tersekat daripada beroleh rahmatmu ya allah ya ghaffar. Kurniakanlah kepada kami akan orang yang tiada baik yang ada dikalangan kami dapat dipimpin oleh orang-orang yang baik, yang ada dikalangan kami orang yang cuai dapat dipimpin orang yang rajin bekerja, kurniakanlah kami kebaikan semuanya dengan berkat kalimah lailahaillallih Muhammadarrasulullah.

Diusahakan oleh Utz Fairus SSP (terima kasih banyak2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: