DUKE RUN 5km…wa duka performance out

Pembinaan Lebuhraya Duta – Ulu Kelang  (DUKE) sepanjang 18 km  akan merentasi  dari timur ke barat di sepanjang koridor  Kuala Lumpur. Ianya mempunyai 3 hubungan iaitu link dari Jln Duta, Ulu Kelang dan Karak Highway. Hubungan Duta dan Ulu Kelang bermula  daripada Plaza Tol Jalan Duta dan seterusnya mengarah ke timur Kuala Lumpur dengan merentasi beberapa jalan-jalan utama seperti Jalan Kuching, Jalan Ipoh, Jalan Sentul, Jalan Pahang, Jalan Setiawangsa dan berakhirnya di Jalan Lingkaran Tengah II di Ulu Kelang. Manakala hubungan Karak pula akan bermula di pertengahan iaitu di Persimpangan Bertingkat Sentul Pasar akan mengarah ke utara dan merentasi Jalan Kg. Bandar Dalam dan seterusnya bersambung dengan Lebuhraya KL-Karak sediada seterusnya berakhir di Jalan Lingkaran Tengah II di Taman Greenwood, Batu Caves.  Bagi Hubungan Karak  ianya dibiayaai  sepenuhnya oleh  kerajaan. Konsortiumnya ialah Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (KESTURI). Tarikh di bina pada 18 Okt. 2005 dan siap 9 Jan. 2009. Maka pada hari ini diadakan acara untuk meraikan pembinaan lebuhraya ini. Banyaklah acara diadakan untuk memeriahkan sambutan DUKE  ini. Diantaranya ialah belon udara panas, funfare, aktiviti pertolongan cemas, jualan dan acara run 5 km. Paling mendapat sambutan dan major event ialah acara 5 k run dimana peserta berpeluang merempit di atas highway atau menjadi king of the road pada hari ini sahaja.  Larian ini telah disertai ribuan peserta termasuklah aku. He he, wa join dgn motto run for health bersama gang chap ayam dan result nyer mendapt no 119. Wa still masih mendapat medal dan sijil waluapun sebelum diwar2kan medal hanya top 100 sahaja. Masa yang dicatat 25m 35s…tu masa geli2 aje…malm sebelum race wa tak tido…biasak la tu…Join kategori open kerana kategori veteran bermula pada tahap umur 45 tahun keatas…ha ha wa baru 44 tahun usia. Kira ok laa tu beb, sahabat wa Zul Galeh dapt no. 90 jauh ke depan…ha ha betul2 top form dia ari ini sehingga wa tak nampak kalibat nyer masa run tadi….good improvement. Juga yang telah menunjuk kehebatan walau  pun lama tak join ialah Nazif dan UM Kenya. GG maintain macam biasa berada dlm kelompok pantas – sayur wa pada km4. Ghejan sedikit depan daripada GG. Madi UPM membuat masa 20m iatu satu catatan yang menarik. Ramai kengkawan dari CAR group berada dlm kelompok top 50 dan wa mengucapkan sekalung tahniah kerana anda memang terer, body pun slim mlim, weight just under 60 kg, cuma wa ngan gg je weight menjangkau over 75kg.

Untuk makluman kengkawan DUKE ini terdapat 7  buah persimpangan bertingkat  dibina sepanjang jajarannya iaitu :-

  • Persimpangan Bertingkat Duta
  • Persimpangan Bertingkat Kuching
  • Persimpangan Bertingkat Sentul Pasar
  • Persimpangan Bertingkat Setiawangsa
  • Persimpangan Bertingkat Hill View
  • Persimpangan Bertingkat Bandar Dalam
  • Persimpangan Bertingkat Greenwood

Lebuhraya DUKE  beroperasi dengan sistem tol terbuka (3 buah tol plaza) dan dilengkapi dengan sistem perlampuan jalan, telefon kecemasan, ‘Variable Message Sign (VMS)’ di sepanjang jajaran.  Bagi seksyen 3  pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh  kerajaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: