MASIH AKU INGAT LAGI…

Semasa tu dlm tingkatan 3, kemarok wa dlm bidang olahraga/athletics memang tidak dapat dibendong, hati ku meronta2 kalau TV tidak menyiarkan sukan ini. Selalu juga wa membeli majalah dunia sukan tetapi cite tentangnya amat ciput sekali…mana mungkin masa tu ada runners magazine ke ape ke…dok kat kampung, lagi pun mane ade duit nak beli benda2  mahal ni – kena gi Kolompo (K.Lumpur) baru ada. Tahun 1980, pada 19 Julai telah diadakan sukan olimpik musim panas di Moscow yang dirasmikan oleh Presiden Leonid Brezhnev melibatkan 5,179 atlet daripada 80 negara. Banyak negara sekutu Amerika telah memboikot acara ini kerana memprotes penjajahan Russia di bumi Afghan. Walau begitu Britain secara diam2 menghantar sejumlah athlet olahraga yang mana terdapat nama besar iatu Sebastian Coe dan Steve Ovett (kedua2 mamat ni mengambil bahagian dlm acara 800m & 1500m) yang mana kesudahannya Seb menang emas 1500m serta perak 800m manakala Ovett menang emas 800m dan beroleh gangsa dlm 1500m. Wa amat tegar dlm perkara ini sehingga abis gambar2 yang wa jumpa dlm newspaper wa gunting dan tampal kat buku rampaian sekolah…pantang jumpa wa gunting. Kini gambar kesukaan ku yang wa tampal tu hilang entah kemana…memang la hilang..sendiri punya salah, kenapa tak jaga. Tetapi gambar bersejarah ni telah ku jumpa dalam lebai google…hu hu hu..dan dgn sukahati wa publish bagi menyeronok hati yang terkenang kisah silam. Tengok tu 29 tahun yang lalu…banding la ni siap ada you tube lagi..suka hati mahu celok dan publish – dengan sape nak minta izin, wa pun konfius. Kalau benda ni ada pada 29 tahun yang lepas – wa leh kemarok pengsan agaknyer. Lagi satu wa tak leh bendong – kalau tengok US quartet (Lee Evans, Larry James, Ronald Freman, Vince Matthew) 4×400, kekadang ada dlm world of sport..purghh tak berkelip bijik mata beb. (gambar atas sandwich..Seb vest LA1984, Ovett Moscow1980)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: