KUDA KAYU SAMA BOXING

Semalam tengahari ku pergi mengambil bid nombor di S’gor Turf untuk larian NB Admiral 5k yang akan berlangsung esok di tempat yang sama. Inilah pertama kali aku  menjejak kaki ke tempat ini dan teruja juga hendak mengetahui apa yang ada dalam stadium ini. Sempat aku menjengok ditempat kuda dilumbakan. Disini juga tempat pertaruhan para gambler diadakan – ada yang pokai, addict, sasau, bergaduh laki bini, putus saudara, jadi penyamun, kaya, kayap dan berbagai2 bencana dan suka akibat bahana gambling ini. Ada yang membakar kereta kerana sudah menang pertaruhan besar. Semasa tahun 80 an, Kelab ini di Jln Ampang dan di pindahkan disini kerana pembinaan KLCC di sana. Sungguh besar kawasan ini dan baik planning nya. Terdapat Hotel, Tasik dan Banglow lot (Tun Mahatdir Tinggal di sini). Kenal sape tu Ananda Krisnan, sahabat baik Tun dan konglomerat IT serta Maxis? Ha..dialah yang punya milik Kelab ini.  Empayar si Mamat menjangkau keseluruhan Daerah Sri Kembangan dan di KLCC di mana terletaknya Menara Maxis.  Twin Towers yang terkenal di seluruh dunia manakala Ananda Krisnan di sebelahnya – hebat kan Mamat ni. Lumba Kuda Selangor terletak di seri Kembangan, Selangor, Malaysia. Lumba kuda diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Dihadapannya terdapat Palace of the Golden Horses Hotel taraf 5* menjadikannya station kepada tourist atau gambler dari jauh untk bermalam di situ. Peminat kuda dan lumba kuda akan datang ke sini untuk melihat perlumbaan. Kelab ini tidak jauh dari Serdang, Kajang , Sungai Besi, Puchong, UKM, UPM , Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Lumpur City Centre, Salak Selatan (Salak South), Klang, Subang Jaya, RTM, KLIA, Cyberview Lodge Resort, Putrajaya, Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Astro. Semasa di dalamnya sempat ku snap arca kuda kayu berwarna sebagai gambar kenangan lantas ku gabungkan dengan boxer lagenda Muhamad Ali dan Joe Frazier. Apa sebab aku berbuat demikian? Kerana bagiku orang menunton race kuda then betting adalah sama dgn menunton lawan boxing , mereka pun betting jugak. Yang kalah tetap akan TKO atau knockout…garenti percayalah…elakan dari menjadi gambler. Konkrit penghidupan banyak bergantung pada usaha, kekadang penuh dgn dugaan dan rintangan – jgn pulak nak tambah lagi derita. Renung2 kan lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: