UPM TRENENG MALAM

Universiti Putra Malaysia bermula sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi ‘Ex-Officio’ Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. Sekolah ini yang bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947. Bermulanya kenaikan taraf kepada Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947, kecemerlangan kolej ini semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Jaunari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaysia sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya. Itu sejarah nya.

Di sini juga – wa ada tiga orang kawan yang bernama Zubaidi (Unit Rekabentuk), Sahih (Pusat Sukan) dan Madi (Car 75). Nasir ngan Zul Muslim kat Faks Seni Bina pun wa punya member. Kengkawan ini boleh wa roger kalu wa kesana untuk mohon bantuan atau nak ajak sembang minum teh ke aper yang patut. Itu pun kalu dia org free. Dah banyak kali wa turun kat Stadium UPM ni dengan tujuan berlatih dan  Track & Fields meet. Berpuluh2 kali wa telah memijak track sentatik tu dan satu  kenangan yang tak dapat kulupakan iaitu pada April tahun ini, wa telah ditimpa kecederaan yang bernama plantar faciiities atau heel pain (sila rujuk tulisan wa yang lepas). Wa telah menghentikan kegiatan larian selama 3 bulan akibat itu. Kesan sakit itu masih ada lagi dan terus ku tukar teknik dgn landing mengunakan fore foot dan tidak dgn heel lagi.

Malam ini wa kunjung lagi bersama kengkawan gang chap ayam iaitu Hailmi, Azhar, Kiki, Adai, Kerol, Sara, Irina, Lily, Ikin, Fiza, Meow dan Faizal merempit dalam kegelapan serta kedinginan malam disana. Setelah sesi merengang maka kumpulan seramai 12 kapla ni mula moving dgn kadar pace 6 minit kecuali Meow membuat 5 minit. Terus wa perambat Meow dan bertanya: Kenapa hang laju sangat ni, nak buat personal rekod ke then dia jawab mau cepat perabis boleh balik ada hal cikit. Azhar mengekori rapat bersama Ikin tetapi Meow terus laju jauh kedepan. Setelah 2 km merempit guna kaki dan betis wa  dgn harapan dapt pace ngan dia then leh gak borak2 enjoy run tak rasa jemu kan kan kan. Malang nyer dia lagi laju dan terus laju…ha ha ha wa folo aje budak kecik ni dari belakang dan terus wa sayur tinggalkan jauh2 tekan minyak 4k pace. Apa da kreban mau main lumba2 pulak.  Bila sampai simpang  wa terkonfius mana satu arah nak masuk, akhirnya wa patah balik dapatkan dia dan pace sesama sampai kat Stadium. Wa borak pasal cite panjat gunung ngan Meow coz dia terer hal panjat gunung ke gunung ni – wa panjat kok manggis leh la. Lebih kurang 1k nak abis tetiba Ikin tercegat kat atas bukit menunggu, ingat kan student tengah tunggu bus or antu stokin tgh cari mangsa….ha ha ha – joke aje gang. Ikin hari ni dalam mood yang tak bagus, letih keje banyak kat pejabat tu pasal dia short cut. Wa heran why why Kerol, Azhar, Faisal dan Hailmi yang lebih montap dari wa tu lambat sampai – maybe temankan ayam dara kut, al maklumlah memalam camni.  Sesampai di kawasan Stadium ternampak Adai ngan Kiki merempit atas track dan terus wa join buat 5 lap untuk mecukupkan 10k untuk larian malam ni. Kiki ngan Adai tuang mlm ni just dia wat 20 lap kat track je. Dia run kat lorong luar sekali – culculate ade kut 10k jugak. Chewahhh kurang beberapa saat selepas wa sesi letihan berakhir ternampak Kerol ngan Fiza masuk (cam mikai dibelah rambo gamaknyer meke dua ni), Azhar run bersama Faisal dikuti 3 minit pas tu Sara ngan Hailmi – ko ni kata kreban usha Sara, issh….sian Lily ngan Rina ko tinggalkan ashik ngikut bontot Sara je (Kiki menambah rempit sahdu larian nyer bila ternampak kalibat Sara). Runner yang terkemudian ialah Lily ngan Irina menghampiri gate Stadium dengan muka yang ceria. Sayang Azri tak datang – kalu ade leh wat video clip meke2 ni then leh pace sama Lily cun jugak tu – contoh je. Malam ini juga meke membuat persidaan akhir untuk ke Singapore marathon, memasing menambah mileage di atas  track. Ha ha ha jgn lobih2 dalam ketapi tau, berdosa tu. Malam Jumaat 9.30 berangkat dari KL Central ke Tg. Pagar – sape2 nak hantar dia org gi haji mabrur wak masuk maraton dialukan. Malam ni, Kiki siap tanggal baju lagi. Wa pun join tanggal baju jugak coz panas, baju cotton berat dah basah kuyup – gelap malam lampu stadium  pun tak ader, ha haha leh gak wat cam umah sendiri tapi bila ayam dara sampai wa terus pakai balik…malu beb. Ekk panjang pulak wa merapu malam ni.

Selesai letihan mlm ini, meke gi ke rostoran maulana tapi wa tak ikut coz kena beli barang kat 7 eleven, sok soh oghang umah wa cekodok cicah sambal tumis ikan bilis breakfast ngan kopi chap televisyen….sodap nyer.

Cite kat atas adalah kisah benar yang berlaku pada 2/12/2009…ada unsur humor wa selitkan, kalu tersensitif gossip ke ape sori ya kengkawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: