KUBELI GITAR UNTUK ANAKKU

Gitar era moden ada berbagai nama seperti dari Spain (guitarra) German (gitarre), French (guitare), Andalusian Arabic (qitara), Latin (cithara). Konsenan bunyi re ra dihujungnya bermakna alat bertali. Falamenco guitar pun ada. Sejarahnya bermula pada tahun 40AD (empayar Romans – Hispania) ia dicipta hanya menggunakan 4 tali shj. Pada abad ke 8 ditambah menjadi 6 tali. Guitar yang amat popular dikalangan penduduk dunia kerana ia amat mudah untuk dimain dan dibeli jika dibandingkan dgn alat muzik lain. Pada tahun 1930an, gitar karan dicipta dan budaya rock pun muncul dengan hebatnya di Amerika. Hal ini merancakkan perkembangan muzik dunia dengan lahir gitarist2 handal dan terkenal seperti Geourge Barnes, Charlie Christian, Carl Kress dll. Era 70an dikuasai oleh Jimmy Hindrix. Allayaraham M.Shariff (The Zurah) paling wa kagumi di Malaysia. Juga Sham Kamakaze pun hebat juga.

Semalam telah ku beli sebuah gitar di Kedai Woh Fatt kat Jalan Silang, KL untuk Yayah (anak sulungku). Setelah selesai PMR, terus je dia teringin nak memetik gitar dan ku belikan sahaja. Itupun dah hampir 3 bulan berjanji nak beli…sekarang kring krong kat umah, tempoh 6 bulan ku bagi – kalu tak pandai main selagu dua lagu memang la gitar tu akan masuk lelong.com. Yayah kalau nak main gitar, belajar betul2 sampai pandai pesan ku kpdnya. Wa teringat cite “anakku sazali” kumpul duit dayung perahu bawa penumpang ke seberang tujuan nak beli biola. Berazam sehingga jadi mavelous. Ini gitar dah ada depan mata. Ku harap dan berdoa agar dia terer bermain satu alat muzik, satu sukan sudah ok (tee kwan do dah ada black belt) dan kalau diizinkan tuhan mesti mau dapat 8A dlm PMR. Nanti kalau dah terer leh beli fender sebijik. Leo Fender ialah satu jenama idaman semua guitarist yang berasal dari lagenda rockers Yngwie J. Malmsteen. Semasa wa kecil dulu, jangan harap nak dapt benda2 ni, kalau nak wat lah sendiri – makanya wa ambik la tong kayu,  kasi paku terik ngan tali tangsi – pas tu petik asal bunyi cukup.

En. Malek Saidin menemani aku ke Woh Fatt Music House kerana beliau adalah pemuzik hebat dan arif tentang gitar. Umurnya 54 tahun dah main alat muzik 40 tahun lamanya. Balik office tolong tuning lagi, mekasih pada Cikgu Malek…ha ha upahnye belanja lunch kat Central Market aje.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: