SALOMON LEMBAH KIARA

Apa ke jadahnya Solomon x-trail run ni, ade  ke ianya kari ikan Salomon yang adik ipar aku pernah masak tu atau pun cite King of Salomon’s Mines. Wa suka cite tu lakonan Ricard Camberlain  dan Sharon Stone pd tahun 1985. Kari ikan tu pun sodap dan kalau tambah 0.5 gm kas2 lagi terangkat.

Kisah sebenarnya event pagi tadi ialah Salomon adalah satu jenama yang menjual peralatan sukan outdoor bernaung induk dalam World of Sports. (Selain darinya Nike, Adidas, Mizuno, Head, Columbia, Hi-Tec, Teva, Keens, Keds, Elle Active, Reebok, Pumaretail, Mizuno, HEAD & Thorlo). Dengan sifat nya penjual alat aktiviti outdoor maka QUICK RELEASE ADVENTURES menganjurkanlah x-trail run ni disamping boleh advertise produk serta boleh reduce tax. Sememangnya outlet WS ini sangat luas pemasarannya sehingga ke merata dunia dan tidak heranlah mereka boleh sponsor event macam ni. Walaupun begitu charge atau fee peserta ialah rm60.00 yanag mana membuatkan kebayakkan runner atau pengiat adventure tangkap pot nak join. Walaupun begitu kpd mereka yang pentingkan sosial disamping kesihatan, dia org x kisah sangat fee tersebut. Wa register dgn join kategori open memakai nama Zulazlan gang CAR. Last minute dapat info dari Farid semasa menghantar kontingen CAR ke SIM di KL Central lantas keesokan pagi terus sahaja aku ke Tmn Tun untuk meregister diri.  Goodie berupa baju, posh bag, no bid yang cun siap nama emergency contact pun ada kat belakang. Bagus la tu.  Solomon x-trail ni ialah event larian bukit ke bukit ya itu peserta kena menempuh lurah denai serta pendakaian yang ekstrem. Siapakah mamat yang terer dlm event ni? Jawapannya ialah Jonathan Wyatt (7 World Mountain Running Association Championships with 5 consecutive wins)

Hari ini bertempat di Tmn Lembah Kiara TTDI wa pun datang lah, sampai pada pukul 7.25 pagi…ha ha umah dekat je dlm 10 minit dah sampai. Wa join 10k dan ada event 4k sprint. Ada ribuan manusia yang memakai baju oren kat sana seperti penyokong pasukan Holland football lak gamaknya. Bila sampai ternampak banner CAR digantung oleh adik Kiki (Zahari) dan terus sahaja wa melepak dgn gang kat situ disamping sesi warm up. Race starting pada kul 8.20 pagi dan mereka tak mematuhi piawaian menepati time – kalu dah tulis kul 8 mula lah ikut janji jgnlah nak terhegeh2 lagi nak tunggu sape2 lagi, flag off je lah.

Bersama wa di starting line ialah Zahir, dari Kelab Koma Runners (gang Petronas yang mempunyai member lebih kurang 50 oghang) dan sempat sembang ngannyer bersama Ida dan Farid. Kalau join CAR ngan Koma ni jadilah Ayam Koma..bahaya wooh ada lebih baik tak payah….sape mau koma  beb. Hon trumpet pun berbunyi maka bersepahlah runners dan gang2 sehobi dengannya bertaburan mengelilingi sekolah Tmn Tun dan memasuki semula kawasan Tmn Lembah Kiara untuk memulakan x-Trail pagi ni. Naik Nissan X-Trail lagi ngam. Wa berada di kelompok tengah dengan memakai kasut nike Bowerman coz Nike ni ada banyak bunga cam tayar michelin. Hari ini tak pakai NB225..ha ha kasi rehat sama lu.

Memang tak sama 100% dgn road race seperti kebiasaan yang wa selalu join. Race ni perlu naik bukit mencanak then turun  macam rasa mengelusur…purgh dasyat, wa ingat geli2 aje. Hati wa gumbira berkembara di dalam lembah dan lurah mencari harta King Solomon’s Mines. Punca air dari celah tanah akar2 kayu serta oksigen yang menyembur2 keluar dari aneka sumber green semak hutan menjadikan penghayatan dan respect ku kpd nature kurniaan Tuhan bertambah2. Larian atas anak2 batu membuatkan wa menjadi adventurest lantas rasa berbaloi la join event ni tubit dlm hati. Kalau ari2 macam ni, bertamabah ganteng la body slim mlim la jadinyer – dijamin 100% dan tak payah gi pusat langsingkan badan. Laluannyer bolos hanya untuk sorang shj dan kalu niat mahu sayor mesti berhati2 takut body contact boleh mendatangkan musibah. Semasa pendakian bukit km7, wa kapla terhantuk kat pokok lantas membuatkan wa pening2 ayam sekejab dan pace menjadi slow mover dan nasib baik dapat recover balik tak berapa minit kemudian. Lagi satu kejadian yang telah memotong stimkan race hari ini ialah tersesat jalan. Bayangkanlah dah terlajak lebih kurang 400m pas tu kena patah balik mencanak kat atas…saiko tul la. Ini semua kes zebra crossing line dah putus dan Mamat yang kat depan tu macam konfiden aje follow direction Lorong Nenek Kebayan agaknyer. Ke GPS baterry dah kong.

Akhirnya wa selamat jugak sampai ke finishing line pada jam 9.45 pagi hu hu hu….masa 1 jam 25 minit – kira ok la tu beb otai macam wa ni. Lepas sampai ambik goodie, mkn limau sunkist, roti gardenia dan air galian (sampai 4 botol wa rembat). Air tu mahal beb. Sempat bergambar dgn sesama gang CAR dan pemenang2. Ramai juga gang CAR yang naik podium hari ini diantara nya ialah Jasni (CAR101) 1st dlm 4k sprint dan Fazilah (CAR91) 1st jugak dan yang lain nyer berada dalam kelompok 10 diatas…tahniah dan syabas kpd semua CAR runners. Apa2 pun citenyer wa selamat sampai ke finishing line dengan selamatnya. Peserta Kenya lebih takutkan snake, wa pulak lebih risaukan route licin berbatu dan kalu tersembam, nahas…memang nahas…walau apa pun dah selamat…alhamdulillah.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: