MORIB OH MORIB, CENDOL DAH TAK SEDAP

Morib sunyi…..ade ku kisah, ish ish memang patut dikisahkan coz inilah satu2nya pantai atau tempat berpicnic palaing glamour di Selangor sekian lama. Kedudukan ranking bawah dari PD. Semasa wa kecik mengikut umur angka 1 – 10 ada dibawa oleh abah ibu kesana berkelah dgn menaiki bas atau taxi. Dari Telok ke Banting then pocha Taxi dari Banting ke Morib. Selalunya Driver Teksi ialah Wak Jawa dari Kancong Darat (tempat lagenda badminton Sideks Brothers). Selalunya sebelum ke Morib, singgah di Pekan Banting minum cendol Brahim di Tepi Jalan Utama. Ada dua peniaga cendol kat situ dan barahim paling sodap – memang tak boleh mis. Sehingga sekarang kalau wa gi Banting mesti mahu menyudu cendol kat situ.

Kisah 1 (Pantai Morib) – Semasa menunggu anak menyelesaikan exam di Kolej Mara kat Labuan Dagang wa pun gi lah meninjau Morib. Nak relax2 ambik angin laut lah – sepoi2 bahasa sepai2 plastik berlambakan dan leh gak snap2 picture lagi pun memang dah lama tak ke sana. sampai ke sana, wa terkejut kerana pantai tu sepi…cuma 1-2 orang berada disitu, penjual ais krim pun 2 org bermotosikal. Hai camne penjual ais krim nak carik makan. Penjual layang2 pun duduk sorang2 kat satu bahagian lagi. Satu masa dulu di musim cuti Sekolah biasanye amat meriah tapi now apa dah jadi..apa dah jadi (Tan Sri S. M Salim). Projek menaik taraf pelancongan Morib di pusat perkelahan sedang giat dijalankan. Adakah itu penyebabnya atau pun mereka berpindah ke Pantai Kelanang yang baru di popularkan. Pantai Kelanag cum 10 km dari situ. Masih kah kau ingat….kita berlari2 di tepi pantai, ha ha ha banyak kali jugak wa wat camping dgn datang naik beskal ramai2. Hai Morib – ada tak orang namanya Morib (good nama tu). Bulan safar, cukup meriah dengan program mandi Safar kat sana (sirik sekarang dah tak buat lagi). Ikan paus pun pernah tersadai kat sini….purgh besar betul saiz separuh padang bola, masa tu umur wa 7 tahun lebih kurang tahun 1972. Gempak giler, semua bangsa miskin kaya datang tengok bangkai ikan tu. Sayang gambar tak ade – dedulu miskin kamera ialah benda luxury…sodih den, nangis la sekejab. Untuk mengelak dari bau busuk – dia org bakar je ikan tu guna bertan2 kayu bakau dan bertangki2 petrol.

Kisah Cendol – Tempat asal telah berpindah ke Gerai yang besar dan boleh menampung ramai pelanggan lagipun kat tepi jalan memang tak logik lagi nak meniaga. Ada divider, kete banyak ditelan arus kemodenan. Cendol yang wa sudu semlm dah tak berapa sedap walau pun cara buat tradisi masih dikekalkan. Kisar ais sorong ngan bilah pisau kayu. Tauke dia dah gajikan Mat Madras (India) membuat cendol tu…namanya wa tak tau, wa tanya pun dia tak faham. Rojak pun sama dibuat oleh gang dia jugak. Kalau org lain yang buat atomatik taste akan berbeza walaupun ramuan nya sama. Tauke dah loaded, ke dah uzur really wa tak tahu.



Masih kah kau ingat (Kopratasa)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: