PERLAWANAN “TANAH TUMPAHNYA DARAHKU”

Esok jam 5.45 ptg waktu tanah air – satu perlawanan yang ku gelar “Perlawanan Tanah Tumpah Darah ku” di antara pasukan Negara dgn Vietnam. RTM akan menyiarkan siaran secara langsung pada jam 6.00 ptg. Perlawanan separuh akhir juga dibuat oleh RTM pada Isnin lepas. Pertanyaan dalam benak hatiku kenapa tiada soroton atau liputan mahupun siaran langsung 25 jenis sukan yang lain? Mungkinkah hak penyiaran terlalu mahal. Kalau mahal – tiadakah Pegawai2, KS, TM, M yang boleh seatle perkara ini. Potong stim betul, tidak sepatutnya berlaku dimana Negara kita yang jauh lebih maju – cyber sana megah sini telah tiada siaran langsung….ishh. Mana dia GLC dan company besar2, tak kan tak leh payong cikit. Sukan Dwi tahunan ini patut ditonton melaui siaran langsung seperti mana telah dibuat sebelum ini. Sukan ini boleh menyatupadukan rakyat melalui sokongan yang diberi lantas boleh membangkitkan semangat patriotik. Harapkan surat khabar tidak memadai. Nasib baik bola M’sia gi semi ngan final maka daptlah kita tumpang sekaki menengoknya. Kalau bola tak menang alamat gigit jari la kita.

Pemergian pasuakan bola kesana hanya dengan menaiki pesawat tentera dan tersadai kat pengkalan TUDM, Subang Jaya selama 10 jam kerana tidak mendapat hak pendaratan. Biasalah kalau pesawat tentera nak masuk – mestilah dia orang gabra cikit. Kalu komersial flight maybe no hal. Ini pun lagi satu kisah yang tak mahu wa ulas. FAM oh FAM apsal jadi macam ini…bila menang ramai yang tumpang semangkuk – pengurusan hancusss hu hu hu. Zaquan Adha Abdul Razak, 21 tahun dipanggil semula ke Vientianne setelah dihantar pulang kerana sakit mata dan gara2 menyerang pengadil pada perlawanan peringkat kumpulan menentang pasukan sama. Matanya tiba2 sembuh bila M’sia mara ke final. Kelakau tak. Untuk makluman Zaquan adalah adik kepada Mohd Aidil Zafuan yang juga National Team. Mohd Aidil pula telah berkahwin dengan artis Rita Rudaini, 33 tahun serta telah mendapat seorang cahayamata. Walau apa pun kita berbangga pasukan kita berjaya gi final setelah menewaskan Laos 3-1 pada Isnin lepas manakala Vietnam membenam S’pore 4 -1 pada semi finalĀ  yang satu lagi. Vietnam striker Phan Thanh bimbang akan kebolehan individu pemain M’sia tetapi memberi imbangan 60/40 menyebelahi pasukannya. Kali terakhir bola kita mengengam emas ialah pada tahun 1989 apabila mengalahkan S’pore 3-1 di KL Sea Games. Minggu ini Kabinet meluluskan budget RM50-60 juta untuk pembangunan bola sepak negara supaya era kegemilangan seperti tahun 70an-80an dikembalikan. Satu berita gembira. Teringat wa pada arwah Mokhtar Dahari – meh tengok you tube bawah:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: